Thursday, October 11, 2012

bila keliru


 sekadar berkongsi kata2 hikmah..creadit to google dan pembuat gambar ini...
sangat membri kesan pada ku..

tapi, kekadang ak keliru, jika benar seseorang lelaki dan perempuan itu haram bagi mereka untk bercouple, bagaimana untk mereka mengenali antara stu sama lain..?dengan kata lain, sebelum mereka mencpai peringkat hdup yg lebh tinggi iaitu bernikah/berkahwin..

apakah hubungn yg boleh diterima dalam Islam, atau dengan kata lain tidk berdosa bagi mereka untk berhubngan?

+++persoalan ini hanya bermain dlm mndaku..kadang2, persoalan ini ak utarakan kepada shabt2 yg lebih ilmunya dariku..ak ini insan kerdil, kurg ilmu, malas belajar dan semacam dengn itu+++

+++dan, kata putus ak..hubngan seorang lelaki n wanita itu tidak semestinya hanya terikat dengan couple..betulkan?jadi, boleh kita berkawan..cuma, jagalah batas2nye..jngan sampai menimbulkan batas2 umpatan orang, bait2 fitnah manusia..+++

wsalam...s414, dilema perindu..hik hik..ayaaat


Tuesday, July 17, 2012

bukubukubukubukubuku

buku buku buku..peneman aku bila aku bosan+sedih..ada ramai yang tahu ape yang aku nak sangat buat kalau aku diberi peluang..agak2..ada x tempat tu dlm dunia ni?.

******lelaki itu**** ^-----^


diumur yg smakin menjangkau usia matang. belajar pon dah nak abis...(tinggal setahun je lagi).mengira masa untuk bergelar cikgu secara formal(sebulan, dua bulan, tiga bulan+++).dikelilingi oleh sahabat yang sudah berpunya.sama ada dah/ke arah membina sebuah masjid.hati mana yang x keruan bila diri sendiri ditanya soal itu.persoalannya, layakkah aku untuk menerima bahagia itu?bolehkah aku terus bahagia tanpa rasa sakit dikhianati dan disakiti insan bergelar lelaki? jawapan hanya satu.... = = = biar masa yang menentukan... = = = kerana, tanggungjawab aku masih belum selesai....manakan mungkin aku sanggup menerima tanggungjawab baru sedangkan hutang tanggungjawab aku sebagai HAMBA, UMAT, CUCU, ANAK dan KAKAK belum dapat ditebus.... = = = biar masa yang menentukan....jodoh Allah tetap ada.... = = = harapanku... walau siapa aku, walau seburuk mana aku, walau seteruk mana aku, walau sehina aku, = = = LELAKI ITU TETAP BERADA DI SAMPING KU... *sakit bila disakiti, pedih bila dilukai*

Saturday, February 18, 2012

ujian dan rezeki Allah ada di mana-mana

erm...betul kan?
ujian Allah
rezeki Allah
smua yang Dia kurniakan pasti ada hikmahnya....

5 hari aku demam..ni pon, ada lagi sisanya...sum sam, sum sam sesema..huk huk huk batuk....
dalm 5 hari ni, aku dapat lihat sikap2 kawan2 aku..mane yg boleh dipanggil shabat, n mane yg boleh dipanggil kawan..
bukan bermaksud aku harpkan belas kasihan diorang po, tapi aku cuma buat kesimpulan dr ape yg aku lihat n rase sahaja..

hari pertama aku demam, ramai yg bertanya,"dmam ke?"
aku jawab dngan syuman,.."x de lah, skit tekak n batok je."
hari kedua aku dmam, makin melarat..sampai aku rasa, aku x leh tahan dah, aku nak g klinik..nasib baik ada yg sudi membantu..bawa aku ke klinik..
hari ketiga aku dmm..pagi ok, tapi, malam aku rase sangat sejuuk n berat kepala..dikala itu, aku menangis sorg2..x de siapa pon dtg tanye.aku terpaksa msj umi pkul 11.30 mlm walupun aku tau, umi msti dah tido..tapi, umi dalm mamai ttp call aku....aku terpaksa buat sndri...drpd ambk ubat n basahkan tuala..aku harpkan ada yg dtg bertanya sbb aku x kan suruh org(takut susahkan dia)lagipon, aku x salahkan siapa2..mayb smua penat, x smpat nak jenguk aku..malam tu aku x leh tido langsung..batuk2 smpai anak tekak luka...aku tau, umi aku pon x tido,sebb dia call aku setiap 3 jam..
hari keempat..aku smakin ok...ggahkan juge ke padang sbb ada pre test lontar peluru..alhamdulillah..berkat doa umi n pa..aku berjaya..aku cuba lawan, x nak jadi manja sbbkan dmam..tutorial belum siap...berkejar ke bilik buat n terus hantar ke jabatan pensyarah dalm 12.15tgh..matahari atas kepala..smpai kat bilik, terus tido atas katil..aaah, separuh tenaga hilang..badan kmbali panas...
hari kelima..aku semakin ok..cuma, suara sedikit rock..alhamdulillah...c
esok, ada presentation..kena kawal suara...

Monday, January 30, 2012

nilai sekeping duit berharga 1

1 sen,
10 sen,
rm 1,
rm 10,
rm 100

ape nilainye sekarang?apa yg akan berlaku apabila kita jumpa duit 1 sen atas jalan raya/rumah/shopping compleks?
terfikir ke kita nk ambik?
pasti dalam hati kita ckp,"x yah la ambik, bukan boleh beli apa2 pon"..gitukan?

zaman sekarang beza sangat dngan zaman dulu,
zaman nenek kita dulu, duit 1 sen sangt lah bernilai..boleh beli macam2 dengan duit tu..
zaman mak ayah kita; sape2 yang mak ayah dia umor 60-50, duit 10sen bawak pergi sekolah, boleh beli nasi berlauk ayam n air sirap..baki,siap beli gula2 lagi..
zaman aku kecik2 dulu, bawak duit rm1, boleh beli lauk2 yg mak ayah kita beli dulu dengan harga 10sen..(nasi berlauk-50sen, air sirap-20sen, baki-beli keropok(10/1batang)..kenyang makan..
zaman hari ni, rm 10 tu, kejap je habis..sehari je...rm 100, pejam celik2, habis kejap je....

aku x boleh nak bayang 10 tahun akan datang..ape yg jadi...tu pon kalu masih ada dalam dunia ini..insya-allah...

sahabat, kawan, sahabat baik atau kawan baik?

siapa mereka?
perlukah mereka dalam hidup kita atau lebih tepat lagi dalam hidup aku?

fungsi mereka apa?
untuk menjadi tempt mengadu, atau, meluahkan rasa terpendam, atau tempat bergembira ketika tertekan?

bolehke kalau x ada mereka?
bolehkah aku hidup tanpa mereka disisi aku?pentingkah mereka sepenting ibu bapa dan kelurga ku?

perlukah aku menjaga hati mereka sedangkan mereka x?

perlukah ikatan janji dimetrai sebelum memulakan hubungan persahabatan?
ikrar?untuk taat setia?untuk menyimpan rahsia?untuk bersama kita ketika senang atau susah?


+++tepuk dada, tanya hati..
cuit hati, soal iman++++

pergi x kan kembali

innalillahiwainnailaihirojiun...
6hb januari 2012...
perginya seorang insan yang sangt berjasa dalm hidup aku..

dia ialah moyang sedara aku merangkap guru mengaji pertama aku...
sedih bila aku terkenangkan arwah..

dialah yg mengajarnya aku huruf2 alquran..drpd alif, ba, ta hinggalah bacaan ku kian lancar dari hari ke hari...

di tempat mengaji itu jugalah, aku mengasas bakat aku menjadi seorg qari..walaupun hanya qari sekolah rendah...

aku sngt kagum dngan nya..walaupun usianya hampir mencecah angka 100, tapi, dia x pernh lupa untk membaca Quran..dan, betullah apa yg dikata, sesiapa yg menggamalkan membaca alquran, ingatannya sngt kuat dan dia x kan nyanyuk...buktinya, arwah x pernh tunjukkan dia seorang yg nyanyuk walaupon sudah tua..ingatannya sangat kuat..walaupun sakit, bacaan ayat2 quran ttp meniti dari bibirnya..subhanallah..sampailah arwah menutup mata..

meninggalnya seorang yg berjasa dalm hidup aku pada malam jumaat...
smoga Allah menmpatkan arwah dalam kalangan org yang beriman...amin...

Tuesday, December 6, 2011

konflik malaysia dan indonesia

kawan2,
mesti ramai yang tengok liputan sukan sea di indonesia baru2 ni kan? Dengar tak berita tentang pihak urustia Indonesia yang gunakan bendera negara kita, Malaysia yang salah. atau tentang rakyat mereka yang tak hormatkan lagu negara kita time negara kita dapat pingat emas atau layanan urustia Indonesia kepada atlit Malaysia?
Pasti ada kan???apa perasaan kita bila diperakukan begitu?marah atau x tau apa2?

kemuncaknya bila Malaysia lawan Indonesia dalam perlawanan bola sepak untuk menentukan ibu segala pingat(pingat emas)di stadium bukarno tempoh hari? bagaimana perasaan bila pasukan Indonesia dapat masukkan gol dalam tempoh yang terlalu awal..kira2 10 minit permainan bermula? bagaimana perasaan kita pula bila pasukan Malaysia dapat samakan kedudukan selepas itu? apa pula perasaan bila satu gol Indonesia dapat diselamatkan oleh penjaga gol kita, khairul fahmi? apa perasaan kita bila gol Baddrol boloskan gawang Indonesia?
seronokkah?atau, tak kisah pon?

erm, kenapa tiba2 aku terasa aku nak tulis mende2 ni walaupun sukan sea dah lama habis..kawan2, sebenarnya konflik kita dan negara jiran kita Indonesia ni dah lama berlaku? sejak dulu mereka menulis/ mencaci/ memburukkan negara kita..tak tahu mana silapnya..negara kita dan negara dia sebenarnya dalah daripada rumpun yang sama..asal keturunan yang sama iaitu Melayu..tapi, kenapa kita bergaduh?salah kita atau salah dia?
untuk rujukan, saya copy 2 link yang mungkin boleh dijadikan panduan..namun, percaya kah kita dengan semua kutukan yang dilemparkan mereka oleh kita dalam link? betulkah kita sejahat itu???

http://samenew.wordpress.com/2007/12/15/konflik-indonesia-malaysia-sejarah-yang-berulang/

http://www.pdiperjuangan-jatim.org/v03/index.php?mod=berita&id=3605

Saturday, December 3, 2011

s.a.d

"i am so sad thinking about some people who do not even try to thanks when somebody trying so hard to fulfill their needs and giving so many sacrifices to them."

ya, memang aku marah dengan sikap segelintir manusia2 yg hanya tau mencari kami bila masalah menimpa. tidak cukup wang, masa dan tenaga, semua dikerah dengan hanya berbekalkan alasan, "kita adalah keluarga. kita adalah saudara. kita sudah kenal lama. kita adalah kawan baik". tidak manusia itu tau kami juga susah, ibu bapa kami juga bersengkang mata, bargolok gadai mencari rezeki. jangan sangka kami duduk di dalam rumah batu, ada kereta, kami kaya! TIDAK! ada ketika juga, kami hanya makan ikan kukus dan telor..tapi, manusia2 itu tetap dengan sikap mereka...meminta dengan muka kesian itu membeli KFC/MC DONNALD/rokok.

tetapi, manusia-manusia itu hanya tau meminta dan terus meminta tanpa sekelumit pun rasa mahu berusaha..belajar tak kemana..hanya tau bermain2..dan, akhirnya jika sudah tiada apa2, kembali meminta..

terus terang aku katakan, aku BENCI, MARAH dan aku KESIAN melihat pengorbanan yg dilakukan oleh seseorang itu !!!!aku meluat dengan semua ini!!! tidak kah manusia2 itu tahu? tidakkah mereka belajar itu tahu?

Wednesday, November 30, 2011

Jambatan Jodoh

opps..jodoh ni isu sensitif kot...lebih2 lagi bagi yang tak kahwin2 lagi nieh...betul x?
erm....tapi, ape tu jambatan jodoh?erm, sebenarnya asal perkataan ni aku ambil dari perkataan kawan aku..nama dia Diba..(trima kasih)..dia kata, jambatan jodoh ni adalah laluan/jalan yang kita perlu tempuh sbelum jumpanya kita dengan mrs/mr right kita..
erm, nak tau rahsia disebalik jambatan jodoh ni? meh nak cite cikit..hehhe

1) kita cpat kahwin = alhamdulillah, jambatan jodoh kita pendek..
2) kita lambat kahwin = insya-Allah, jodoh kita masih menunggu, cuma jauh cikit perjalanan nye..
3) dah jumpa, tapi banyak halangan pulak = alhamdulillah, Allah bagi kita peluang untuk mengenal si dia dahulu. tapi kita kena ingat, percaturan Allah lebih hebat dan baik daripada rancangan kita..mungkin, pilihan kita ini bukan yang terbaik untuk kita sendiri..
4) tak jumpa2...sudah puas mencari dan berusaha = insya-Allah, mungkin penghujung jambatan kita adalah syurga..ada bidadara/bidadari yang sedang menunggu kita di sana...Insya-Allah...


+++kawan2+++
saya bukanlah pakar nak bercakap pasal mende2 ni..tapi, sengaja ditulis untuk perkongsian bersama...soal jodoh bukan suatu yang boleh dipilih2 seperti baju/nasi goreng/emas...'saya suka ini, saya nak yang ini. bungkus, ikat tepi ekk.'..sebab itu adalah ketentuan Ilahi yang Maha Mengetahui..tugas kita hanya berdoa dan menunggu..jika disentuh soal kenal mengenal sebelum kahwin atau couple, terlalu banyak pendapat dan komen, sama ada +ve/-ve...jadi, tanya hati tanyalah Iman..

Tuesday, November 29, 2011

E.X.A.M

exam..atau lebih tepatnya examination atau bahasa melayu, peperiksaan atau periksa adalah suatu kaedah yang digunakan untuk menguji kefahaman para pelajar atau seseorang dalam pelajaran yang diajar. peperiksaan boleh dijalankan secara sumatif atau formatif...
ceeeh....hebat gak aku ni...menghafal je pon...

tapi, sebut pasal exam ni kan, ramai yang fobia..betul x? boleh bilang ngan jari sape2 yang suka exam, hahha...
tapi, tanpa disedari dengan exam lah kita boleh maju,,dengan exam lah kita tau kesalahan kita n dalam waktu yg sama x kan ulangi lagi kesalahan kita..tapi, ada jugak kes, kita dok jugak ulang kesalahan sama...sampai ckgu pon dah naik bosan tengok kesalahan tu..sape susah, dia jugak yang susah..kena ajar balik..hahhhaa..sape salah, anak murid yang x pndai ke ckgu yg x pandai?...hahhaaha...

ada jugak yang fobia ngan exam sebb dia pernah kena tangkap meniru..fuuhh, aku pernah rase tu..hahhha..(terasa jahat zaman2 dulu)..panas kot muka aku time kantoi ngan ckgu.masa tu aku tingktan 1 baru..sebenrnya bukan aku yang meniru tapi kawan aku..aku cuma tolong dia bagi jawpan je.tup2 aku yg kena..kawan aku x kena pulak.....nasib baik x kena ape2 tindakan disiplin..cuma meja aku cikgu angkat dduk belakang...fuhh selamat...

sejak peristiwa tu aku mmg fobia nak meniru lagi..x berani kooot....aku lebih rela buat sendiri, salah sendiri daripada kena tangkap..alah, lagipon, jawpaan aku ngan kawan aku pon same je...dua2 pon salah..hahhhha...kalau dia pandai, x delah dia sekolah...hahhaha..betol x....tabiat takut meniru ni sampai lah aku besar..dah masuk maktab dah pon.....

so, nasihat aku...x yah lah nak try meniru atau memang dah meniru pon...x berpatutan pon...buat je sendiri...insyaallah...lagipon kita kan dah berusaha sebelum tu ....insyaallah, jawapan kita pon lebih berkat....kan kan...

Sunday, November 27, 2011

aku dan cuti..

2 bulan lebih kat rumah,...
ape nak buat ye,,,,
cukup kah hanya makan tido, makan tido..
banyak sebenarnya yang boleh dibuat time2 cuti ni...

1) sapu rumah
2) basuh pinggan yang bertimbun
3) jemur kain
++ tu mmg kerja harian aku..x leh nak lari..tiap2 hari macam tu kot...naik bosan gak kadang2...tapi, nak buat macam mane...dah tugas aku....+++

+++rancangan mmang banyak, tapi, x tau boleh jalan ke x...+++
1) tulis cerpen
2) buat revision
3) tambah skill masak yang ada..(ada ke??)
4) jalan2...(nampak macam x jadi je..hujan+angah priksa)

trdetik gak dalam hati, nak kerja...tambah duit saku..tapi x dapat le...x pelah, dok kat rumah je lah...abeskan waktu cuti...

rezeki Allah...

alhamdulillah,
syukur pada yang Allah..sudah setahun kita...
selamt menyambut maal hijrah kawan2..
rezeki Allah kita masih lagi bernyawa..
menghirup udara segar..
makan dan minum daripada sumber yg baik..
belajar , belajar dan terus belajar untuk menjadi yang terbaik..

Alhamdulillah.....
segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.

fuh ...fuh.... fuh.....

fuh..fuh..fuh...
sawang banyak kot dekat wall page blog aku ni..
maklumlah,lama sangat dah x bukak..
bukan ape...
agak sibuk...
hentah ape yang disibukkan x tau lah kan...

Wednesday, September 14, 2011

aku sibuk

sibuk sangat sekarang ni...

sangat2..

kadang2 rase penat n bosan bile terlalu banyak kije..

sampai rase nak menangis pon ada bile smua benda x dapat nak buat sebb x tau nak start yang mane satu dulu....

perlu ke aku nangis???

haish..lek2....hati n fizikal kena kuat!!!

TABAH!!!

ramai lagi yang lagi sibuk dari aku....aku bukan sesiapa kalu nak banding ngan PKU aku a.k.a roomate a.k.a dila yang hri2 kena kawal 22 org ank buah..
aku bukan sape2 kalu nak banding ngan KU aku a.k.a pengerusi PBSM a.k.a mantan naib YDP a.k.a Nasrul
aku bukan sape2 kalu nak banding ngan umi n pa aku kat umah...kena urus kije lagi, kena urus rumah lagi...
aku bukan sape2 kalu nak dibandingkan dengan sape2..


so, aku kena kuat!!!yeah!!!

Friday, May 13, 2011

alamak, kawan aku!!

ni perbualan aku ngan kawan aku..
time ni, nk dekat exam..n masa aku malas giler2 nak study..so, aku msj2 lah kawan aku yang sorang ni..kira kat sekolah mmg baik lah...mane ada aku, ade lah dia....tapi skang semua dah berjauhan..aku kat mktb, dia kat...(opps, rahsia alam..)haha

kawan aku: mai lah umah nanti, mak 'dia' nak masuk merisik

hah!(terkejut, kat situ jugak aku melompat bangun dari katil sebb time tu aku dduk baring2 atas katil; orang malas kan..)

aku: serius!
kawan aku: ye lah...serius lah ni...

fuh aku time tu..x tau nak kata ape....ni dah ciap pkir nak pakai baju ape dah kat mjlis tu..tambah lagi dalam hati,,haaa, dah nak kawin kawan aku....bangga ada, sedih ada..jeles pon ada..hahhaa...

aku: bile?
kawan aku: 4 tahun lagi..

mak!!!!kena tipu idup2 aku....panas je..hhahhaa....
kepada kawan aku....time kaseh le.....tapi, saya arap awak akan bahgia n cepat2 lah langsungnya..x yah tunggu lama2....

+++moral+++
aku bile???hahhhaa...gurau semata2....(selagi misi aku belum selesai, maka lambatlah lagi....)
insya-allah jodoh x kemana..kan..kan..kan

Wednesday, March 30, 2011

Jiwa aku bercelaru skang..nk wat camane ni...ada sape2 boleh tolong x?

aku rase aku ni jahat sangat..
semua orang x suka aku..
kenapa ekk?

semua orang macam x nak kawan ngan aku?
semua orang macam benci aku..
kenape ekk?

aku rase aku macam buat salah ngan smua orang..
aku buat orang smua sakit hati ngan aku..
kenape ekk?

aku rasa aku ni x layak je berada kat sini..
bila aku bercakap, aku akan sakitkan hati orang..
bila aku diam pon, aku akan sakitkan hati orang...
kenape ekk?

aku rasa aku ni x layak untuk ada kawan pon..
smua x suka aku..
knape ekk?


++++cuba bagitau ckit++++
mood: bercelaru...

lemah nye aku..

lemah nye aku...
bila aku fikir2..
sape lah aku ni tanpa rahmat dan kasih sayang Dia yang maha kuasa..

bila Allah tarik sikit rasa sabar aku,
aku akan cepat melenting..
lemah nye aku..

bila Allah tarik ckit rasa sedih/sedar aku,
aku akan gembira sampai x ingat dunia
betapa lemahya aku..

bila Allah tarik cikit rasa malu aku
aku akan buat perkara2 yang hentah hape2
lemahnya aku..

bila Allah tarik cikit rasional aku,
aku x leh nak fikir betol lagi,
betapa lemahnya aku..

bila Allah tarik cikit rasa gembira aku,
aku akn sedih,
betapa lemahnya aku...

bila Allah tarik cikit kekuatan aku,
aku lemah, aku lemah dan aku lemah,..
betapa lemahnya aku...

Kerana..
jawapan hanya satu..
kerana Dia yang maha agung, maha berkuasa..
bersyukur lah wahai hati,
bersyukur lah wahai seorang hamba yang kerdil
bersyukur lah kerana itulah ubat untuk segalanya...
jangan salahkan Qada' dan Qadar yang telah berlaku kerana itu sebenarnya ujian Allah kepada kita...
renungilah kesilapan lampau kita, dan istighfarlah meminta keampunan daripada Allah...

++++nasihat untuk diri dan rakan2++++

Tuesday, March 22, 2011

'saya x perlu nangis sebab awak'

saya x perlu nangis....
saya cuma kecewa....


++++terima kasih++++

Friday, March 18, 2011

'bagai cicak mati tersepit'

ape punye tajuk daaa....
hahhaha..
saje, aku tiba2 terfikir nk tulis tajuk tu, padahal aku x tau pon ape makne dia...


erm....pkir2 punya pikir..aku dapat beberapa idea pasal tajuk ni...tapi aku malas nak ulas..erk?baik xyah tulis kalu malas nak ulas ..hak hak.hak..

x dek..ni aku rasa simpulan bahasa ni x dek lagi orang buat masuk dalam kamus dewi bahasa,,,...x pe aku 'try' terjemah...

cicak mati ni, paling banyak kita jumpa kat jendela a.k.a pintu a.k.a tingkap kan..bau dia,x yah nak cakap..'conferm' lah busuk,,x gtu? sampai satu rumah boleh bau, kan2?
aku umpamakan nya bila:

1) orang sakitkan hati kita..

ada setengah2 orang tu, sampai bila2 pon dia ingat...hish...parah benor lah hati dia tu disakiti...gitu lah kan...sampai benci dah kita nak tengok muka dia....
begitu lah jugak ngan bangkai cicak ni..busuk!

2) kita sakitkan hati orang sekeliling kita...
sesetengah orang tu,,dia macam x dek kije lain..asyik sakitkan hati orang yang kat sekeliling dia..x kiralah dia buat ape..bercakap, berjalan atau diam pon dia sakitkan hati orang...ape punye orang pon x tau lah...tapi yang pelik tu, dia x perasan yang perbuatan dia tu sakit kan hati orang lain...
begitulah jugak cicak tadi,,,dia dah mati a.k.a jadi bangkai..dia x perasan pon yang dia buat orang lain bau busuk sebab matinya dia...macam orang tua2 cakap..hidup menyusahkan orang, mati pon sama...begitulah umpamanya...ingat, UMPAMA je...



====TAPI======
bila kita buang bangkai cicak yang tersepit tu...dah xdek dah bau dia..kan2...
maknanya, kalu kita maafkan orang yang buat sakit hati kat kita, kita pon rasa 'free'..dah x dek perasaan benci kat orang tu...tapi, ada kala kita susah nak maafkan orang tu..x pe..MASA tu banyak..tapi, masa tu x tunggu kita..so, ambik peluang untuk MAAFKAN orang lain...tetapi, ada jugak yang x leh orang gurau ckit..dah, terasa..ni pon susah gak...'feeling' lebih sangat...payah2...jenuh pulak orang nak pujuk, naik boring gak kalu hari2...

begitu jugak kepada orang yang SUKA SANGAT buat orang benci kat dia..hah, cubalah ubah perangai tu....doa orang teraniaya ni makbul tau!jangan ingat orang tu senyap, dia suka korang2 buat begitu kat dia...cuba fikir kalu korang ditempat orang yang selalu korang sakiti tu..jangan ingat kita je boleh buat orang...PEMBALASAN Allah lagi parah tau! ubah perangai(nasihat untuk diri sendiri gak)




++++begitulah kita hidup bermasyarakat ni, kekadang kita yang terkena ngan orang, kadang2 kita yang kenakan orang..hidup umpama roda..roda ni, dia pusing2..atas, bawah, atas, bawah...sampailah roda tu pancit...'means', kematian telah menjelma...+++