Sunday, February 27, 2011

cinta: perlukah aku?



erm..ari ni cikgu nak cakap pasal cinta....C.I.N.T.A..
ok, murid2..bukak buku mukasurat 10023...jumpa x?

fuh! cinta..bab yang paling popular terutama bagi kekawan yang dah nak masuk umur dewasa iaitu 20-an..termasuklah bab kawin..fuh, tajuk yang panas n memang kalu ditukar ngan pisang goreng atau 'colek' a.k.a jeruk buah kat pasar malam/ pantai memang laku lah....

C.I.N.T.A
korang rasa perlu ke benda ni?
kalu tanya aku, aku akan cakap ya...
sebabnya, semua manusia yang bergelar hamba akan merasai perasaan yang manis ni dalam hati..
tapi,
cinta tu jangan disalah ertikan hanya untuk berlainan jantina sahaja..salah tuh...
banyak lagi cinta lain yang lebih afdal atau lebih perlu didahulukan...
contohnya,

=cinta kita kepada pencipta kita, Allah yang Esa...tandanya, iklasnya kita dalam melakukan suruhanNya dan meninggalkan larangannya....

=cinta kita kepada Nabi kita..kekasih Allah yang paling agung, Nabi Muhammad....kita sayang Nabi kita dengan sentiasa selawat, ingat kepada baginda dalam setiap denyut nadi kita..sebabnya, nabi pon ingat kita selalu walaupun baginda x kenal pon kita...nak wafat pon, nabi masih ingat kita...baginda sebut nama kita, 'ummati, ummati'..kita?muhasabah lah diri kita...ish2, hina nya kita....

=cinta kepada ibu bapa/ adik beradik/ kaum keluarga/ sanak sedara..
sayang ibu bapa kita...selalu doakan mereka..setiap hari pandang muka mereka, kalu x dapat gambar pon jadi lah....boleh pahala tau!kalu boleh, tepon sekali sehari, x pon, 2 hari sekali atau kalu x boleh sangat seminggu sekali pon jadi lah..hilang rindu mak ayah kita bila dengar suara kita kat dalam tepon tu....dah kalu seminggu sekali pon x dapat, x tau nak kata ape..kedekut lah tu...dah, duit top-up untuk makwe/pakwe boleh pulak masuk dalam bajet PTPN/elaun, duit top-up untuk mak/ayah x boleh..sah kedekut...

=cinta kepada suami/isteri....hehhehe...ni bab yang paling syok..aku x nak ulas banyak sebab aku belum kahwin..tapi, tanda sayang kita kepada pasangan kita biarlah berkekalan..janganlah, 2/3 bulan kawin, dah boring..sebab tu Islam mengharamkan kita 'couple',,sebabnya, bagi aku, alasannya mudah..nati kawin dah x tau nak bercerita pasal ape lagi pasal kita sebab semua dah tau masa 'couple' dulu...tapi, tu pendapat aku,..orang lain mesti ada pendapat dia sendirikan..???


+++ada banyak lagi sebenarnya isu2 pasal cinta ni..sebab, isu cinta memang luas...aku hanya berkongsi pandangan aku sahaja...yang salah tolong betulkan, yang betul kita sama2 ambil pengajaran sebab aku pon x pandai mana bab agama2 ni...hanya cukup2 makan je orang cakap..jadi, sama2 lah kita menambah ilmu pengetahuan sebab Allah memang suka orang yang menuntut ilmu....dan, malaikat sendiri akan memanyungi orang yang berada dalam majlis ilmu dengan sayapnya....dan, aku pernah dengar, kalu orang yang mati ketika menuntut ilmu juga diibaratkan seperti mati syahid...betol x pak ustaz?

+++akhir kata, wassalam..+++

Friday, February 25, 2011

aku suka menyendiri....x gitu?

erm kije dah datang..bertimbun kot...hambik ko!!
huhu

erm...aku x faham lah 'style' IPG ni..kije dia macam bermusim..kalu 'time' memang x dek kije, x yah nak merayu lah nak dapat...
tapi, kalau dah datang satu kije tu, semua nak berpusu2 datang gak...haish...sampai dah x tau dah nak 'start' yang mana satu....

erm, itu aku x risau sangat sebabnya, aku insya-allah boleh siap kije tu, tapi yang paling aku 'kureng' sikit 'time' nak buat kije secara berkumpulan...mana x nye..ramai2 buat kije bukan kegemaran aku lah..aku cakap betol2..maaflah kawan2 yang terbaca 'post'..tapi ni memang dari hati yang dalam...aku x tau lah kenapa....tapi, yang aku tau, memang ini lah kelemahan aku sejak dulu..x pandai nak ambil peluang nak berkomunikasi....dengan kata lain aku x pandai nak bagi idea, x pandai nak bincang2 supaya dapat kata sepakat dan x pandai dan x pandai....sebab tu aku suka buat kije sorang2..tup2 dah siap....tapi, kalu aku perlu bantuan, aku akan tanya kawan2 aku gak..cuma aku suka buat sendiri kije aku.....bukan aku bermaksud aku ni bajet perasan aku ni pandai ke x, atau aku ni sombong ke x..tapi masalah, memang aku akan rasa lain macam bila berada dan berbincang ngan korang..sebab tu, aku akan senyap bila berada dalam kumpulan..x pon, aku akan 'test' dulu...cuba bagi idea dan bila diorang macam buat 'blur2' ngan idea aku, aku akan senyap kembali atau aku akan buat kije lain atau aku akan kacau orang atau sama waktu dengannya....maaf kawan2...aku tau aku teruk..kan2??lagi satu, aku rasa aku ni rendah diri bila berada ngan korang..yelah, aku ni sapa....x pernah orang nampak aku....kalu nampak pon, bila aku buat hal dalam kelas..bising ke..ape ke..buat2 blur ke.....aku akan gembira bila korang marah aku sambil jerit nama aku,'ASMA' kuat2...x pon, ada yang gelak..aku rasa bahagia bila ada orang gelak......huhuhu..pelik2..tapi, aku akan rasa sedih dan rasa nak nangis bila korang cakap aku dengan perkatan yang menyinggung perasaan...(tapi aku simpan sakit aku, sedih aku) dan aku akan cuba buat2 x tau atau sengeh...tapi, jelas disudut hati, aku terasa sangat2....

satu lagi kelamahan aku ialah bila dalam kumpulan dan dalam proses nak bagi idea, aku yang cuba untuk memberikan idea tapi x dek orang faham ape yang aku cakap sebab aku cakap berbelit2 dan kurang kosa kata...sebabnya, aku ni budak kelantan, so, aku kadang2 kena terjemahkan bahasa kelate kepada bahasa luar...payah2....mengambil masa yang lama untuk berfikir sampai orang dah boring...erm..begitu lah aku......

dan, sebab apa aku suka g pustaka a.k.a 'library' a.k.a perpustakaan a.k.a tempat membaca a.k.a tempat tidur a.k.a tempat 'skodeng' orang 'dating'...sebabnya...aku suka BERSENDIRIAN...bukan bermaksud menggasingkan diri, tapi x suka bising2..bagi aku, aku sanggup g jalan jauh2 daripada kelas aku tingkat____(x ingat), turun tangga semata2 nak g pustaka..janji aku boleh releks kan fikiran aku sambil baca buku...buku novel, buku subjek, buku motivasi atau x pon aku tidur...huhuh..senonoh betol budak ni....hahuaha....'aircone' kat pustaka paling 'tiptop' n paling best...fuhh..ulit tidur.....anyway, kalu orang tanya aku mana nak g 'honeymoon', aku cakap, aku nak g pusat buku2 yang paling luas kat dunia ni..tapi, malangnya, aku x tau kat mana...kenapa? sebab aku nak tidur puas2 dalam tu sambil baca buku2...satu lagi yang paling aku suka ialah baca buku sebelum tidur...buku tu kira pengulit tidur aku lah.dah x dek orang nak bacakan buku cerita untuk aku..aku baca lah sendiri...hish,...x abis2 buku, tidur..."erm,,buruk benor perangei nye"..kalu gini lah gamok nye...sampai bila lah aku x pandai nak bercakap ngan orang sebab yang aku tau, baca buku, tidur...erm.....nasiblah....

++++tapi, aku x kisah..asal aku x ggu orang lain...
tapi, aku harap, aku dapat baiki skil komunikasi aku...aku kan bakal cikgu..ada ke patut, cikgu x pandai bercakap..kan2...+++++

Wednesday, February 23, 2011

"maafkan aku"

aku tahu,
kadang2 mulut ini laju mengatakan keburukan mu...
jadi,
maafkan aku...

aku tahu,
kadang2 aku tak ambil kisah tentang perasaan mu...
jadi,
maafkan aku...

aku tahu,
kadang2 aku terkasar semasa bergurau dengan mu...
jadi,
maafkan aku....

aku tahu,
kadang2 aku mulut ni x tergerak untuk menyapa mu...
jadi,
maafkan aku.....

aku tahu,
kadang2 cerita aku banyak ke arah bangga diri dan membosankan mu..
jadi,
maafkan aku....

aku tahu,
kadang2 aku bukan seseorang yang boleh membantumu jika dalam kesusahan...
jadi,
maafkan aku....

aku tahu...
kadang2 aku x jalankan tugas aku sebagai sahabat mu...
jadi,
maafkan ku....

AKU TAHU...
AKU BUKANLAH KAWAN YANG BAIK UNTUK MU...
TAPI,
AKU TELAH BERUSAHA SEMAMPU AKU..
KENAPA KAU X PERNAH MENGERTI...
HATI KECIL INI PENUH DENGAN RASA SYUKUR BILA KAU BERADA DI SAMPING KU...
TAPI,
KENAPA KAU X PERNAH CUBA UNTUK MELIHAT AKU SEBAGAI TEMAN MU, RAKAN MU, SAHABAT MU...
KAU HANYA AKAN MENCARIKU BILA TIADA SIAPA LAGI BERSAMA KAU..
AKU HANYA AKAN JADI TEMANMU BILA TEMAN2 MU YANG LAIN TELAH TINGGALKAN MU SENDIRIAN...
DAN BILA MEREKA KEMBALI DATANG KEPADA MU,
AKU DITINGGALKAN KESEORANGAN....
KATA2 KU, CADANGAN KU HANYA AKAN KAU DENGAR TANPA ANGGUKAN SETUJU..
IZINKAN KU MEMBUAT PERUMPAMAAN BAHAWA AKU INI HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG ATAU IBARAT RUMPUT DI TENGAH2 JALAN YANG HANYA DIPIJAK2....
AKU X MINTA LEBIH..
HANYA SEBUAH KEIHLASAN DALAM BERSAHABAT...DAN...SEBUAH PENGHARGAAN BAGI SEBUAH INSAN BERGELAR SABAHAT.....




++++mood+++
'feeling' habis...hehhe

Monday, February 21, 2011

"hati oh hati"

hati oh hati
tabahkan kau
agar aku bisa juga tabah..........




hati oh hati
kuatlah engkau
agar aku juga bisa kuat menghadapi ujian daripada yang Esa........


hati oh hati
sucikanlah diri mu
agar aku juga sucikan diriku daripada anasir2 yang x perlu........



hati oh hati
jauhkan lah diri mu
agar aku juga boleh jauhkan diriku daripada sifat ragu2 dan riak.........


hati oh hati
takutlah engkau, rindulah engkau, kasihlah engkau
agar aku juga bisa takut, rindu dan kasih kepada penciptaku, rasul ku, agamaku jua keluargaku....



amin....

"kau pergi jua, akhirnya"

kau pergi jua akhirnya selepas telah bersama2 ku dan keluargaku, susah dan senang kita bersame, x kan aku lupakan..
kau sangat berjasa pada aku dan keluargaku....selama 21 tahun kau bersame aku, akhirnya, ajal kau tiba jua...
kau ibarat kembarku....kerana kita sama umur....kan2?
selama itu juga, kau bersama aku, membantu aku....


lenalah engkau dalam mimpi-mimpi yang indah kelak....jasa kau x kan aku lupakan...
tapi, kau jangan risau, rakan kau kini akan jadi peneman kami setelah kau pergi....
namanya pon same seperti kamu, jadi sedikit sebanyak dapat mengubat rindu kami pada kau wahai MESIN BASUH TOSHIBA.....

jasa kamu akan ku kanang sampai bila2...ehhehe

ni, mesin basuh lame kami....lame sangat dah, sampai kalau 'spin' tu, satu rumah bunyi gegaran nye...


setelah beberapa kali dibaiki, akhirnya, ayah aku pon beli lain....
ni lah dia mesin basuh baru kami..moga2, ia dapat berkhidmat lame macam kawan dia jugak..amin..

Tuesday, February 15, 2011

'betul x ni???'

erm,,nak tanya...
betul x ni?

kenapa kebanyakan budak pompuan suka tengok crite korea?
huhuhuuhu...

ok..aku tau, mesti ramai yang dah ada jawapan mereka yang tersendiri kan?kan?

tapi, simpan dulu jawapan korang n cuba baca jawapan aku dulu..sama ke x sama??

+++jawapannya++
- sebab ramai pelakon korea hensem2 n tepat ngan citarasa/naluri kaum wanita
- sebab kebanyakan ceritanya macam crita lagenda2 zaman2 dulu(macam crita cinderalla'..iaitu..seorang hero(prince) yang hensem, kaya, baik n romantik jumpa ngan heroin(princess) yang miskin, kolot tapi comel...jadi, ramai budak2 pompuan bayangkan prince tu yang akan jadi peneman hidup mereka kelak..

===dan satu lagi tabiat budak2 pompuan ni..kalu tengok crita korea, terutamanya, mereka akan tengok hero dia dulu...kira, spekulasi pertama, bila hero hensem, crita pon best..walaupun, kekadang nya hampeh gak..huhu...
===lepas tu, barulah mereka akan tengok heroin nye n akhir sekali critanya...kan2?


erm, so, macam mana? betul x ape yang aku tulis kat sini?hehehe..aku x kan tuding jari kat sape2 sebab aku pon macam tu....sangat2 suka crita korea..yelah, kalau x dapat kat realiti pon, dapat tengok kat movie pon jadilah..tapi, satu je yang aku pelik...aku hanya akan minat kat hero crita korea tu bila masa aku tengah tengok crita tu..
jadi, bila dah abis, n aku tengok crita lain pulak, aku kan minat hero lain pulak..hehhee...

kata2 yang haram disebut bila bersahabat

wah, dasyat kan tajuk entry ni?huhuh..
'kata2 haram'..
erm, ape pendapat korang pasal 'kata2 yang haram bila bersahabat'
mesti dalam fikiran korang, ialah kata2 yang menyumpah sahabat kita seperti..'tut..tut...'..boleh fikir sendiri kan??

tapi, bagi aku selain daripada kata2 yang boleh sakitkan hati kekawan kita, ada lagi kata2 yang lain..iaitu..'terima kasih' dan 'sori/mintak maaf'

erm, kenape?
sebabnya, bagi aku, dalam bersahabat, tiada maaf atau ucapan terima kasih perlu diucapkan...sebabnya, ia hanya akan buat kita rasa segan n malu ngan kekawan kita dan secara tidak langsung akan buat hubungan kita ngan kekawan kita jadi renggang sampai bila2..so, perinsip aku mudah dalam bersahabat iaitu, 'x tiada kata2 maaf atau terima kasih dalam bersahabat'

tapi, seperti yang aku cakap tadi,tu pendapat aku..bukan semua yang setuju..mungkin, jika aku buat gitu kat kekawan aku yang lain, dia/mereka akan terasa aku ni zalim dan 'unpolite'...tapi, itulah aku..aku mintak maaf lah kat kekawan aku jika aku selama ni buat korang sakit hati ke, terasa ke...

mungkin korang pernah tengok aku buat2 x dngar atau x jawab 'ya/ jawapan sepatutnya' bila korang cakap 'terima kasih/ sori' kat aku..sebabnya, memang aku x perlukan kata2 cam tu dripada korang...sebabnya hanya satu..aku n korang2 semua adalah KAWAN n SAHABAT aku...kadang2 tu, aku pandang je korang bila korang cakap gitu..(buat2 blur)..sebabnya hanya satu...aku n korang2 semua adalah KAWAN n SAHABAT aku...

+++so,konklusinya..
luv u all..muaaaah+++