Monday, January 31, 2011

"ops silap pulak.."

huhuhu..ni cerita baru tadi terjadi..tapi aku masih nak gelak kuat2 lagi..
cerita ni bermula bila umi aku suruh pergi beli tepung beras..ingat ye, tepung beras..katanya, nak buat ikan celop tepung..fuhh, sedap nye...ni yang aku suka dok rumah ni...hehehe

aku pon pergi lah..naik motor..kira merempit lah walaupun dalam kampung je..
sampai kat kedai, aku pon cakap kat pak cik tu..ni dialog aku ngan pak cik kedai tu..

aku: pak cik, tepung beras satu
pakcik kedai: nak yang mana? yang rm 17 hinggit ke yang rm 20 hinggit?
aku: aik, mahal nye..x de yang murah ke..yang dalam plastik sekilo tu?(dalam hati,'naik harga ke?ke harga satu guni?macam mana ni, bawak duit rm10 hinggit je..x cukup)
pakcik kedai: meh tengok ni(sambil dia angkat seguni beras)
aku: aik,,saya nak tepung beras, bukan beras..(dalam hati,'ish2..patutlah mahal.beras rupanya..)
pakcik kedai: ooooh, tepung beras..ingat beras...

ok, begitulah alkisahnya tepung n beras...

+++moral+++
sebut betul2 n dengar betul2..jeng2



Sunday, January 30, 2011

"baju sekolah vs peraturan hidup"

erm...syok nye dapat balik rumah..memang hari jumaat hari tu hati aku berkobar2 nak balik..
tambah2 lagi hari tu ada majlis Anugerah Pelajar Cemerlang..kira aku x sabar lah nak wat balik hadiah kat famili aku sebab aku pon dapat gak APC tu,,,alhamdulillah...

+++sebelum tu......+++
++++entry ni amat2 kasar bagi yang bawah umur..so, sape2 yang bawah umur jangan baca..hehhee+++

kisah nye bermula pada hari yang sangat indah pada hari jumaat, 'time' aku nak balik..

tapi, yang sedih nye bila aku sampai kat stesen 'train' tu...turun je kete kawan aku, jumpa ngan sepasang merpati dua sejoli berpakaian baju sekolah..aku bukan nak kisah sangat diorang nak pakai baju sekolah ke, nak pakai ape ke tapi yang sangat menduka citakan aku ialah diaorang buat adegen romatis pegang2 tangan pulak..dengan pakaian baju sekolah lagi!..ni yang aku marah ni..buat pulak perangai depan bakal CIKGU..ish2..
nak berkasih2 pon, tukar dulu baju..jangan nampak kita ni budak lagi...nak bercintan konon, x ke mananya cinta tu..jauh lagi perjalanan korang2 ni..jangan nak mengharap sangat cinta2 monyet ni...ish, aku x tau mana silap kami sebagai seorang cikgi(walaupun aku bukan cikgu lagi)..nak kata x nasihat, dah berbuih mulut ni..nak kata marah, dah berguni dah ayat marah keluar..x tau lah..x boleh salahkan mak ayah jugak, sebab diorang pon dah usaha macam2 nak suruh kita jadi budak yang baik. tapi kenapa degil lagi?meh nak cakap ayat magik ni.."kalau dah jodoh tu, x kemana"..kalau orang suruh belajar, belajar dulu..kalau dah tiba masanya nati, kawin lah...



erm tu pemandangan pertama aku tengok..
ni pemandangan kedua pulak...lagi menyedihkan...



selesai bab pegang2 tangan.masuk bab hisap rokok pulak..pon, pakai baju sekolah..
x ke pelik, budak pakai baju sekolah boleh beli rokok..dah 'confirm2' lah budak tu bawah umur..ish2..tapi, yang buat kita lagi geram, boleh pulak hisap rokok depan khalayak ramai dengan bangganya..aku x tau nak cakap apa lagi..tapi nak menunjukkan protes aku, aku geleng kepala laju2 sambil tutup hidung bila dia terpandang aku...biar tau malu cikit..dah kalau gian sangat nak hisap rokok tu, tukar baju dulu..ni tidak..lencana sekolah pon ada lagi kat 'necktie' sekolah..

Wednesday, January 26, 2011

"erk, kawin???"



erk, kawin???
erm,,,ape pendapat aku pasal ni?
bagi aku, kawin ni ada syaratnya..
+yang haram kawin+
+yang sunat kawin+
+yang wajib kawin+

tapi, ape pendapat kamu2 sekalian pasal kawin masa zaman2 muda..
kira macam sebaya ngan kita lah..khususnya yang tengah belajar lagi..
bagus ke, lagi menyusahkan?

erm,bagi aku kalau itu boleh mengelakkan fitnah antara laki n pompuan.kawin lah..
jadi, x de lah orang nak marah kamu2 yang "buayafriend" ni nak usung anak dara orang ke hulu ke hilir kan?x gitu?
bagi yang "girlprend" plak, pastilah diorang lagi rasa selamat sebab x dek lah orang nak rampas "pakwe" diorang lagi,,kan, kan..

tapi, yang jadi hal nye, bila 'time' nak pakai duit..kalau dah kawin ni, memang kena pandai berjimat cermat..betul x? lagi2 yang pasangan yang dua2 tengah belajar..nak harap duit elaun atau PTPTN je lah nak sara hidup..
betullah orang kata..cinta sahaja x kan bahagia..teringat pulak cite TV3 yang Fahrin Ahmad n Syarifah Amani berlakon tu..'so sweet cite tu' hehhe

erm..kawan aku pon ramai dah yang kawin dan 'on the way' nak kawin..x pe2..aku doakan kamu semua n kamu semua doakan aku jugak...ceh, nak jugak..hhee

erm, sebut pasal ni jugak..bagi bakal2 guru terutama yang pompuan, ramai diantaranya bercita2 nak kawin sebelum habis belajar..kenapa ekk? sebabnya, semestinya kerana x nak kena 'posting' dekat pedalaman..hentahlah, aku pon x pasti kesahihan kesimpulan tu...kalu nak tahu betul ke x, cuba lah sendiri..hhhee..
tapi diingatkan, kawin ni bukan sesuatu yang mudah n untuk sehari dua je kawan2(ceh, macam penasihat kawin pulak ye..)..sebabnya, kita nak hidup ngan orang tu, nak pandang orang tu, (orang tu=suami/isteri) lama tau..kalau boleh sampai akhir hayat, insya-allah..jadi, pilih betul n pikir betul2...

erm..ciri2 pasangan...
aku boleh buat kesimpulan bahawa kebanyakan kita mesti nak pasangan yang baik kan? x kira lah dia tu kacak ke, lawa ke, kaya ke, beriman ke, ..kan?
tapi, kita mesti ingat..sebelum kita impikan semua tu, kita mesti pegang kata2 ni
"setiap manusia sememangnya sudah ditentukan nama pasangan masing2 di SANA..tapi,ia tetap ditentukan oleh kita sendiri iaitu melalui sikap kita sendiri."
"wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. begitu juga lah sebaliknya"

+moral+
nak dapat yang baik, kita dulu yang kena jadi baik(nasihat untuk diri sendiri jugak)

..."ape lah nasib kami"...



hari ni hari rabu..
dan, hari ni jugak lah aku nampak muka2 berseri2 semuanya..
x payah cakap orang lain...
sebabnya hari ini masuk elaun bagi budak2 maktab(murid pendidikan guru.dah tukar daripd guru pelatih..buruk kan nama tu?oppss..sori2)
tapi,
hentah sampai bila lah kami dapat rasa kemanisan dapat elaun tu..(bak kata orang arab,'halawatul elaun'..erk, betul ke???
sebabnya, kemungkinan elaun kami akan ditarik balik..
tapi,
x tau lagi..
kita tunggu dan lihat je lah



hari ni hari rabu..
elaun dah keluar..
dan semua muka nampak kaya..
tapi,
kejap jer..
sebabnya,
hutang dah keliling pinggang tunggu nak bayar..
antaranya,
bagi kami yang sem.3 PISMP, nak kena beli baju uniform persatuan,
bagi yang duduk kat blok(blog seroja) kena bayar duit baju lagi dan tidak terkecuali yuran blok lagi...
erm, pe nak buat kan..TERPAKSA lah..
tu belum kira duit buku dan duit kelas lagi..
bagi unit SN, lawatan ke Melaka dah lulus..
seronok tu memang lah seronok, tapi,
duit memang habis lah..
tu belum kira lagi yang nak g mendaki gunung kinabalu lagi..bunyi2 khabarnya, dalam rm700 kena bayar..
waaah,
duit mengalir macam air..




erm, belum kira duit belanja nak pergi PBS lagi..sape yang dah peraktikum, kena simpan untuk duit beli barang2 ABM lagi..erm..
bak kata ayah aku lah kan. "kerajaan memang bagi duit elaun untuk bayar semua tulah"
dia bagi kat kita elaun, kita bagi balik kat dia..kira orang kampung aku cakap, 'give and take' lah...
duit belanja untuk kasut2, tudung2, baju, kerongsang2..hehhe
biasalah, kalau dah nama pompuan..x larinye perangai suka 'shopping' tu..kan, kan..

+++moral++
pandai2 lah berjimat...jangan tunggu kering kontang dulu duit dalam bank tu baru nak ingat...

Tuesday, January 25, 2011

"impian ku.., menghitung waktu"



ahad, Isnin, SElasa, RABu, KHAMis, JUMAAT!!!.yes, boleh BALIK!!!
tapi,
hari ni baru hari ape?ish2..lambat lagi nak balik..ish2..sedih2




aku nak balik!!!
jumpa umi, pa, adik is, angah, abe cik, aicah, mek , tok ayoh n smua...

aku nak balik!!!
cepat lah masa berlalu....

aku nak balik!!!
nak main ngan adik is, nak tengok citer ngan angoh, nak gaduh ngan abe cik n aicah

aku nak balik!!!
nak borak2 ngan pa ngan tok ayoh...

aku nak balik!!!
nak makan masakan umi n tok mek...

aku nak balik!!!
nak bawak adik Is naik motor...

aku nak balik!!!
nak g KB ngan famili n kwan2

aku nak balik!!
harap x kije pon masa cuti ni...

aku nak balik!!!
aku nak balik!!!
aku nak balik!!!



train KTM pengangkutan utama ku nak balik..trima kasih KTM...(perbanyakkan lah seat tu...kalu bleh, buat 1 gerabak khusus untuk guru pelatih Afzan yang balik klate. x yah risau, 'confirm' laku!)



angkut beg nak balik dah ni..


dah sampai rumah dah...

Saturday, January 22, 2011

"hijau itu damai"



erm...hijau...memang sinonem ngan aku...
sejak sekolah menengah lagi aku memang suka hijau..
tapi,
tu x bermakna aku suka politik...
suka hijau sebab warna dia je..lawa+tenang bila aku pandang..



mestilahkan, kalau kita dah suka satu benda tu mesti kita nak buat ia jadi milik kita kan?
macam aku..aku suka warna hijau..jadi, banyaklah barangan hijau yang aku kumpul..barangan biase tp, aku tetap suka.....antaranya..pensel, cermin, stepler, ubat stepler, jag, buku, pen, botol air, baldi,..n yang paling penting henset saya jugak warne hijau..hehe..


sony ericsson K66Oi...henset first aku n henset yang aku guna sampai sekarang..ingat lagi masa mula2 nk beli henset tu...punya lah susah nak cari..sebabnya, kat satu kedai tu aku dah jumpa dah henset ni,,,dah dalam fikiran dah, tinggal nak cakap kat tuan kedai tu jer..tiba2, ada orang potong 'line'..dia beli dulu..ape lagi, dah x nak yang lain, pergilah cari kat kedai2 lain..2-3 masuk, x jumpa2..kecian ayah aku..kedai 4 baru jumpa...masuk je kedai tu, terus cakap, "bang, henset ni ekk"..'terror' kan aku?hehe. x yah tanya2 harga..beli jer..


erm...kawin nak pakai hijau gak ke?
hentah? x dek dalam perancangan lagi...tunggu n lihat lah..hehe
tapi kalau campur ngan ros putih lawa gak kan...tema bunga2...ros putih jadi tema utama..waaaah..berangan jer lebih..hehee



tapi, bilik n rumah rasenya..memang aku kan sogok suami, anak2 aku ngan warna hijau..semua aku kan hias ngan warna hijau..fuh, melampau kottt...hehhe....
lawa pe warna hijau..kan?kan?kan?




ok, jom kita layan gambar2 warna hijau yang aku cilop kat 'google image'...

Friday, January 21, 2011

untukmu teman2 ku..


++++ lagu ni untuk kawan2 saya terutama PISMP SN SEM.3+++
++++THANKS, for your care and love+++

Brothers

Untukmu Teman

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya





Monday, January 17, 2011

"nak x awak jadi kawan saya"

"nak x awak jadi kawan saya"
nati saya akan jadi teman awak bila awak sunyi

"nak x awak jadi kawan saya"
nati saya akan lindungi awak bila awak takut

"nak x awak jadi kawan saya"
nati saya akan tenangkan awak bila awak perlu

"nak x awak jadi kawan saya"
nati saya akan ajar awak pasal sejarah dahulu, perkara yang berlaku sekarang dan
perkara akan berlaku

"nak x awak jadi kawan saya"
nati saya akan nasihat dan panduan bila awak hilang punca

"nak x awak jadi kawan saya"
nati saya akan jadi 'syafaat' awak disaat awak dah x de tempat pertolongan


tapi,
awak mestilah ingat saya selalu. baca kalimah suci yang ada di lampiran2 saya..faham makna disebalik kalimah saya....sampaikan ilmu yang ada dalam lampiran2 saya supaya kita dapat membina ukhuwah kerana Allah...

Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar. (QS al-Isra’ [17]: 9).




+++bacalah al-quran. kalamullah. mukjizat terbesar rasulullah untuk umatnya yang sangat baginda kasihi+++
+++curilah waktu walau seketika untuk membuka dan membaca serta memahami setiap patah kata dalam lembaran al-quran.semoga, amalan itu akan memudahkan urusan kita sewaktu di padang mahsyar kelak..+++

'kisah pisang goreng'



pisang goreng panas + keropok goreng....
erm, sedap kan?

kerana itu, aku sanggup pergi beli walaupun masa tu dah tengah hari....
orang kelantan cakap, 'panas teng2'..

kebetulan, umi belum balik..jadi, kira sambil2 tunggu umi balik sekolah, pergi lah beli pisang goreng kat kampung sebelah...

nak dijadikan cerita, sebenarnya, kat kampung aku pun ada jual pisang goreng..tapi, gatal punya pasal nak jugak aku g beli kat kampung sebelah..

jadi, aku bawak lah motor bersama2 ngan adik aku..kira buat teman lah...
dalam perjalanan nak pergi, terserempak ngan umi aku yang baru balik..aku senyum jer lah...dalam hati,'jumpa kat rumah, along nak g beli pisang goreng jap'

aku pon pergi beli lah goreng pisang...cukup2 rm3...kira aku yang penghabisan lah beli pisang goreng makcik tu..murah rezeki, bak kata kawan2 aku,'dapat suami soleh nanti'..hehe

balik rumah, adik Is tengah makan. makan ape?makan pisang goreng..aik?pisang goreng kat mane?aku baru je sampai.x bawak lagi pisang goreng tu naik atas rumah..magik2

rupa2, umi aku dah beli pisang goreng..kat kedai yang sama pulak tu..rm 3..hah, ambik, makan lah pisang goreng tu sampai rm6..kembung perut kita orang hari tu..penuh ngan pisang goreng..yang pelik nye, mak cik jual goreng pisang tu x cam ke muka aku sama ngan umi aku..beza muda n tua je..hehe..(perasan lebih)

moral:
+++cek dulu sebelum beli+++

"bila salah guna bahasa"

alkisah ni sebenarnya diceritakan oleh adik dan umi ku,,,
so, kira aku ciplak ape yang diceritakan lah..tp, x pe...pengajaran...

kisah 1:
adik aku nak g fotostat, jadi, dia g lah kedai fotostat....tp, nasib x baik..fotostat rosak..tapi, yang lucu...depan mesin tu tertulis:
'photostat punah'
hah, ape yang pelik pasal perkataan ni?
erm, 'photostat' tu punya lah dalam bahasa Inggeris, tiba2, 'punah' tu dalam bahasa Melayu kelantan pulak...
alahai bang, satu2 bahasa cukup lah...ni mungkin sebab terpengaruh ngan kurikulum sains n matematik yang asyik bertukar bahasa pengantarnya..mula2 BM, tukar BI kemuadian BM balik,...
x ke pening?tp, nak buat macam mana kan....kita ikut je lah dasar kerajaan tu...

moral
+++blog pon lepas ni kena buat sepenuhnya dalam BM lah...+++


kisah 2
kisahnya bermula bila umi aku kena ganti kelas tingkatan ___E. lupa pulak tingkatan berapa, tapi yang pasti kelas hujung lah...dia pon masuk lah kelas tu...macam biasa pelajar akan lakukan bila ada cikgu masuk kelas iaitu bagi salam...
erm, dengan bangganya ketua kelas tu bagilah salam,

'terima kasih, cikgu'

aik, cikgu baru nak masuk, dah cakap terima kasih?ni menghalau namanya ni...
ish2.nasib lah...

moral
+sabar itu memang perlu bila anak murid buat silap++

Thursday, January 13, 2011

"semangat PBSM"

PBSM. ramai yang x tahu apa sebenarnya aktiviti dalam persatuan ni. sebabnya, di sekolah kebanyakannya, memang PBSM memang x aktif.buktinya, selama 4 tahun jadi ahli PBSM kat sekolah, x banyak yang aku belajar...dan, untuk sekelian kalinya, aku masuk PBSM lagi kat IPG..fuh, semangat PBSM berkobar2..hehehe...harap pengetahuan dalam pertolongan cemas lebih bertambah..

ni, lagu yang baru je belajar masa perjumpaan kedua PBSM...erm, untuk pengetahuan kawan2 yang x tahu lagi, memang PBSM ada lagu dia sendiri...tapi, ramai yang x tahu kan?. sebabnya hanya satu..PBSM x aktif kat sekolah...x tahu sama ada tu salah cikgu sendiri atau murid2.



lagu pertama:

BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA
GIAT BERJASA UNTUK NEGARA
TIDAK KIRA KAUM DAN AGAMA
WAKTU AMAN ATAU BAHAYA
DI MANA JUA ADANYA SENGSARA
DI SANA ADA KITA
DI DARAT DAN LAUT
KITA BERSEDIA
WALAUPUN DIANCAM BAHAYA
BULAN SABIT MERAH GERAKAN SEDUNIA
MEMBANTU SEMUA YANG MENDERITA
BADAN SUKARELA BERKHIDMAT
DENGAN TABAH DAN BERSEMANGAT


lagu kedua: Hulurkan Tangan

DI MALAM SEPI RISAUNYA HATI,
SAUDARA TAK BERERTI LAGI
TENANGKAN FIKIRAN
HULURKAN TANGANMU
KAN TERCAPAI DUNIA DAMAI
MILIK KU MILIK MU
KERANA KEDAMAIAN,
HASIL JIWA MURNI
RELA TABAH HATI,
SEDIA MEMAAFKAN
KAU KAN TAHU,
KITA BERSAUDARA
RENUNGKANLAH BIAR KAU DAN AKU
TERANGI DUNIA MARA KE HADAPAN

+++ harap, PBSM kat IPG lebih aktif dan dapat bantu bakal2 guru untuk mengaktifkan semula PBSM kat sekolah....tunggu...(semangat tengah berkobar2)

"ape kate mereke"

"ape kate mereke"
banyak berita yang mengejutkan masuk tahun 2011..antaranya, elaun pelajar maktab nak kena tarik n jaminan penempatan bagi guru2 pelatih akan ditarik balik..erm, banyak jawapan yg aku dengar..

soalan : bila elaun kan ditarik balik.?
paling2 lambat tahun 2012...
erm....lagi setahun sebelum aku keluar sebagai ckgu.....

jawapan?
= puasa; "alhamdulillah...."
= makan biskut n roti je..makan nasi sekali sehari; "lapar kot.."
= cari 'sugar daddy' '; "dapat ke?"
= kawin cepat. biar suami yang 'support'; "tu, kalau suami kaya, boleh lah..."
= cuti, jangan pergi jalan mana2. duduk je dalam bilik. ;"bosan2"
= minta kat mak n ayah..; "tak malu ke?besar dah kot.."
= kerja kat kafe n kantin..; "erm,jawapan yang boleh diterima. ada makanan free x?"

++erm...ape2 pon jawapan anda, asal x langgar peraturan n x buat kita sakit, buatlah....


soalan: bila jaminan penempatan dah x de


jawapan:
= nak buat ape lagi, 'study' rajin2, biar 'pointer' tinggi dan dapat 'posting' cepat2.
= ikut jelah, asal dapat jadi cikgu sudah.


++erm, nak wat macam mana, mahu x mahu, kena teruskan perjuangan untuk jadi cikgu...didik bakal anak2 murid sebaik mungkin...

Friday, January 7, 2011

"rindu adik ku"

erm...pagi2 ni, tiba2 aku teringat kat adik aku yang bongsu...
masa aku balik baru ni, dia baru pandai bercakap..erm, kecoh lah dengar suara dia tu walaupun kadang2 x faham sangat..

yang paling aku suka bila dia sebut nama pa. kuat dan jelas gitu.."pa,pa,pa" sampai lah pa aku sahut. x sampai 5 minit, dia panggil lagi,"pa,pa,pa"..ish2...tu kalau pa aku ada x pelah boleh sahut..cuba masa tu pa pergi kerja..asyik panggil nama pa aku walaupun dah ckp pa x de, pergi kije..ish2

satu lagi bila dia panggil nama kitorang yang lain..aku sebagai kak long dia panggil,"yong", angah dia panggil "noh" tp kekadang ada gaya gak bunyinya "ngoh". kalau abe chik pulak dia panggil "de". sebabnya x leh sebut B lagi..sepatutnye "be"..kalau kakak pulak, dia slalu panggil "tak" bersamaan "kakak"..ni lagi aku suka kalau dia panggil umi.."ni". sebabnya, M x leh nak sebut..nak jadi ceritanya, pengasuh dia pon dia panggil "ni" sebab nama dia memang Che Nie..hhehe...kalau dua2 ada kat rumah, memang dua2 (umi n che ni)akan sahut..x ke pening...

satu lagi bile dia nak berak..hehhe..
dia akan pergi mana2 yang tersorok macam kat belakang langsir, n pastu dia ckap kat orang2 kat sebelah dia,"iok" bersamaan "berak"...bagus kan adik saya...

lagi satu, bila dia nak makan nasi orang lain punya..dia kan pergi kat kita n cakap,"cik, nok cikit" bersamaan "nasi, nak sikit".

lagi satu yang paling aku suka sebab adik aku ni faham bile orang marah dia...contohnya, dia nampak makanan tumpah atas lantai n dia kutip n dengan pantasnya dia bubuh dalam mulut dia...pastu, dia akan pandang umi atau along dia n tunggu sampai orang marah dia suruh keluarkan makanan tu daripada mulut dia baru dia cepat2 telan...
lagi satu pasal henset..dia memang tau henset x leh nak buat main, dia nak main gak...saje je pandang orang yang empunya henset n tunggu sampai orang tu jerit. pastu dia leh pulak lari2 bawak henset tu...ia slalu terjadi kepada ku...

ni lagi membuatkan aku bertambah rindu kat dia...sebabnya, dia faham ape yang kita cakap..
contohnya, kita suruh dia letak pinggan yang dia makan kat dapur ke, dia kan buat.terkedek2, kalau nasib baik, x jatuh lah. kalau x, abis nasi tumpah atas lantai..aku gak yang kena lap..tapi, dia faham..dia akan pergi ambik kain dekat mesen basuh, n tolong aku lap jugak..
.x pon, suruh dia cari sikat ke, bedak ke...dia akan cari bilik ke bilik sampai jumpa n bagitau kita,"ni,ni"...waa rindunye kat adikku..

dalam pukul 5ptg, aku slalu bawak dia g jalan2 ngan motor..memang dia dah tau dah 'timing' dia...dia akan pergi cari kopiah warna hijau dia...kalau x jumpa, dia akan bagitau aku atau sape2 yang dia jumpa kat atas rumah tu,"yoh,yoh" sambil tunjuk atas kepala dia..maknanya dia nak kopiah..pandai2..pastu, dia akan ambik bantal yang selalu dia duduk masa atas motor(sebab bontot dia kecik sangat, takut jatuh) n tunggu aku depan muka pintu...(bersedia untuk keluar)

bila atas motor..aku slalu nyanyi ngan dia lagu ABC atau lagu Nabi2...pastu, kepala dia akan ngeleng2 sambil nyanyi sama2 walaupun aku x faham ape dia nyanyi..yang aku faham, dia sebut, "A,A,A,A" sampai abis satu lagu..hehhe


+itulah kisah adik aku+
+banyak lagi nak cite, tapi, nantilah....+
+kat bawah ni sepatutnya gambar dia, tapi internet agak 'lemlem' sikit, so, x leh nak upload..insya-Allah, lain kali saya edit lagi post ni..+

"aku ni dah matang belum?entah le..."

kalau kira2 umur, dah lebih 20thun...maknanya dah tua lah ye!!!setiap tahun, umur makin bertambah..pejam celik dah 2011 bersamaan umur 21 tahun.

erm..kira2, lagi 2 tahun aku nak 'grade' n jadi cikgu..tapi yang menghairankan aku sendirilah, nama nye umur dah tua, tapi perangai macam budak2..hentah, aku pun x tau sebab ape perangai aku masih cam budak sekolah menengah..nak kata macam sekolah rendah x lah sampai ke situ...

karton aku layan, bak kata umi aku, macam budak2.
tapi,
citer korean n jepun, aku layan gak, tu macam orang besar dah..hentah..

lagi satu, aku suka perhatikan orang n lepas tu aku tiru gaya dia...selalu kena marah ngan roomate aku, x pon geng2 aku yang lain. diaorang selalu jerit "Asma! ish2, Asma"..dah nak wat macam mane lagi, dah memang sejak azali lagi aku gitu...."maafkan saya jika ia membuatkan korang malu kawan ngan saya, ish2,sdih pulak"huhu

teringat pulak masa zaman sekolah menengah dulu.masa tu aku tingkatan 5 n adik aku baru tingkatan 1... abis je waktu belajar, kitaorang akan lumba lari, daripada blok kantin ke pagar sekolah..bukan sebab kena kejar ngan pak cik kantin sebb x bayar duit, tapi sebab nak lumba sape sampai dulu boleh dok depan dalam kreta...x ke macam budak2?..ish2

moral value:
saya nak jadi lebih baik...

ish2, ape nak jadi kat Kuala Lipis...

ape nak makan malam ni?erm, jom kita g pasar malam lipis...setiap ari jumaat. dlam jam 5ptg dah bukak dah...so, sape2 yang x nak makan malam, kira nak diet lah kan, bleh g awal ckit..sape nak makan malam, boleh g malam ckit...ceh, macam "prometer" pasar malam pulak..hehe

ni aku pon baru balik dari pasar malam. banyak gak lah makanan kat sane...nasi kerabu, satay, cakoi(kuih macam DNA, apam balik saiz s/L semua ada..beli2..tapi, mamang ramai orang x yah cakap..berhimpit2 lah aku bersama2 geng2 aku nak daptkan sesuap nasi n seketul ayam goreng..tapi x pe, perut punya pasal, x kira...dah lah tu, makanan sendiri lagi + makanan kiriman sahabat2 ku lagi..penuh lah tangan dua2 belah..nasib baik kaki guna nak jalan, kalau x dengan kaki2 skali aku sangkut beg plastik..wahaha

kat pasar malam dah satu hal nak berhimpit2 ngan orang. tapi, yang paling sayu kisah ni, bila time2 kitaorang keluar, masa tu gaji mat banggla plak..mak aiii, diaorang tu dah lah tinggi satu hal, barang penuh kiri kanan, pastu waaah, bau pulak tu x yah cakap..jauh lagi dah tau tu diorang..erm, nasib lah...selama 2 tahun dok lipis ni, memang ktorang(aku n kawan2) memang dah tau "timing" gaji diaorang keluar..;minggu ke-2 setiap bulan, kira2 7/8 hb gitu lah...sebab tu, memang nak elak lah keluar time2 tu..tapi, ari ni, terpaksa keluar sebab banyak barang yang nak dibeli...nasib2..

moral value
pastikan jaga diri masa nak berhimpit2..manalah tau, 'time' tu ada orang nak ambil kesempatan ke, apa ke...teranjang terus..satu lagi, kalau keluar time2 gaji mat2 bangla ni, terasa diri dok kat negeri diorang..dah tu, pandang kiri gelap, pandang kanan gelap..hehehe..ish2..jangan marah kepada sesiapa yang membaca ni..hanyalah gurauan semata-mata...

tiba2, aku teringat pulak satu crite karton kat dalam surat khabar.ni dialog antara guru n murid nye:

guru: siapa tau ada berapa kaum utama di Malaysia?

ramai lah anak murid yang angkat tangan....guru tu dengan bangga pilihlah sorang yang nampak yakin bebenor ngan jawapan dia..

murid: ramai cikgu

guru: sebutkan

murid: melayu, cina, india, indonesia, myammar, bangladesh, indonesia....bla2

+ish2+

Thursday, January 6, 2011

"patah tumbuh hilang berganti"

erm...selesai sudah majlis perpisahan pengarah tadi..sdih gak lah sebab pengarah dah nak tinggalkan maktab ni..tapi apakan daya..rezeki datuk x lame di sini..datuk dimurahkan rezeki n naik pangkat jadi pengarah kementerian pelajaran Pahang.tahniah sekali lagi...

erm,datuk haji mazlan ni baik orangnya.yang paling aku suka pasal beliau bila dia bercakap..sangat semangat n pandai kaitkan pengalaman beliau masa ucapan..banyak input2 berguna n nasihat2 dalam setiap patah kata dia...tapi agak rasa bersalah gak lah kat datuk sebb aku banyak kali gak lah tertido masa ucapan beliau...tapi sekejap2 je(takut kamera fokus depan muka)...hehhehe....

aku masih ingat ayat yang selalu pengarah sebut.'IPGKTAA adalah institut yang paling cantik antara institut2 di Malaysia'. erm bangga2...
tapi memang cantik pon...

aku n kawan2 ada gak lah terserempak ngan datuk time keluar g pasar malam n aktif setiap hari jumaat...kalu jumpa, memang kelu lidah...kalu nampak je muka datuk kat sane, dari jauh dah bersedia nak bagi bagi salam...padahal jauh lagi datuk nak sampai..semua macam tiang rumah..keras je kaki tangan tunggu datuk datang....dalam otak asyik fikir ayat sesuai. bukan ape, takut salah sebut...
datuk pulak, senyum je bila nampak kitaorang, macam kenal je bila terpandang muka kami2 ni..alah, air muka guru memang dah terpacar kot kat muka...orang kata ada cop "pelajar maktab" kat dahi kitaorang.

itulah kisah nakal kitaorang masa datuk ada....mesti lepas ni dah x jumpa datuk lagi...ish2..sedih2...

moral value
moga2, pengarah bahagia disamping famili n tugas baru beliau...ingat2 lah kami warga IPTAA ni...rajin2 lah datang melawat

11.48pm

jam kat laktop aku menunjukkan pkul 11.48pm..
erm, dah lewat bebenor dah ni..nak tido dah..tapi, sebelum tu, sempat lagi aku post something kat blog aku..ish2

11.49pm..
esok pengarah IPGM KTAA dah nak pindah. kami satu kelas dah sepakat nak pakai baju kelas warna hijau.kira sebagai tanda penghargaan lah kat pengarah sebab jasa dan pengorbanan beliau selama berada di maktab ni..aku rasa, memang banyak dah menda baru yang beliau buat untuk jadikan maktab Lipis ni dikenali ramai.alhamdulillah, disiplin pelajar pon ok, selain kemudahan infrastuktur yang lebih baik. yang terbaru, papan tanda kat depan Dataran Bestari berbunyi "Tempat Letak Kenderaan Pelajar dan Pelawat". satu lagi, laluan jalan kaki atas bukit yang menjadi laluan utama pelajar pempuan ke kelas dah ditambah n dibaik pulih. siap ngan mozek n pagar lagi.terima kasih...keselamatan kami pon lebih terjamin n dah x becak lagi. tapi, laluan tu agak licin bila time2 hujan sebab x de atap.jadi, air hujan jatuh kat mozek dan mozek jadi licin..gitulah gamoknya..satu lagi, sebb pelajar pempuan ni suka pakai kasut tumit tinggi, so, memang kena hati2 sebab takut jatuh....

11.57pm.
esok pengarah dah nak bertukar...terima kasih untuk segalanya walaupun x silap aku 1 tahun setengah je pengarah kat sini. hasrat beliau nak pencen kat sini x tercapai walaupun 1 tahun tahun je lagi beliau nak pencen atau bersara...itulah orang kata "kita merangcang, allah menentukan"

11.59pm..
majlis esok pukul 8pg sampai 11 pg..atau mungkin lagi lame..so, makan dlu sebelum pergi ke dewan...paling2 esok, bawak bekal biskut n air n mkan senyap2 dalam dewan..hehee..agak x senonoh. tapi, bila lapar menyelubungi diri, dah x kisah semua tu..silap2, kitaorang berkelah dalam tu sambil dengar ucapan perpisahan pengarah..time nyanyi lagu maktab semua ambik feel...bersemangat semuanya..

12.02pm..
ok, time tu sleep..bye2 n good night

"gatai sikit ke banyak???"

tiba2, aku teringat kisah masa aku kat PLKN dulu. mak aii, kalu aku disuruh pergi lagi, mintak jauh lah...cukup lah aku terseksa hampir 3 bulan kat sane..kalau x memikirkan dapat elaun(rm150) sebulan n WAJIB, aku memang x nak pergi..tapi, banyak2 keseksaan aku kat sane, ada jugaklah kenangan manis nye..

Antaranya:

adalah sorang budak laki ni. aku x tau sebab apa, aku kata aku pernah tengok muka dia...rupa2nya, muka dia sebijik macam pelakon cina Hong Kong aku minat. mak aii..ada jugak orang malaysia cam tu..ke, memang pelakon tu datang PLKN kat sini?..ceh, berangan x abis2...hehhe..
tapi, sayang. aku x tau pon nama dia.yang aku tau, dia kumpulan Alpha. aku pulak Charlee. ada lagi dua kumpulan;delta n beta.tu x yah cite lah..yang aku nak cite nye,..dia tu suka beratur dok belakang.aku plak suka dok depan.biasa lah kan, aku kan baik.budak baik selalu dok depan..hehe..tapi, dia dok blakang pulak.x pe..orang dok belakang pon baik gak.hehe...apa lagi, aku selalulah dok pandang2 dia..gatai plak..alah budak baru keluar sekolah lah katakan.prangai pon hentah apa2. alah, bukan salah aku, dah muka dia sama ngan muka pelakon aku minat, pe lagi...tengok lah...

tapi, satu masalah pulak. aku x tau nama dia. negeri mana pon aku x tau sebb kem aku ambik budak2 dari negeri N.S, Klate n Trengganu. so, dia daripada 3 buah negeri tulah. satu lagi, aku x tau dia tu cina ke melayu..india x lah sebb muka dia putih.hehe..tapi, ada lah satu hari tu, aku tengok dia pakai baju melayu.owh, Melayu lah tu n paling penting Islam.tapi, aku just intai2 dia dari jauh lah..x berani plak nak g dekat..malu kot..kang orang kata ape plak, main2 tegur orang x kenal kan?hehe..

nak jadi kebetulan pulak, aku ngan dia satu kumpulan untuk khidmat masyarakat.fuh, semangat..satu bas pulak tu..hehe..gatai lagi aku ni...x pe2..tp, aku senyap je.nak share ngan kekawan PLKN aku dia x kenal pelakon cina yang sama muka ngan budak tu...jadi aku x crita kat sape2 pon lah..
masa khidmat masyarakat tu, aku ada lah terpandang dia. erm, perangai dia pon agak2 sama ngan crita pelakon tu berlakon..pendiam n x bercampur ngan orang lain...

akhirnya, sampai hari akhir PLKN pon,aku x tau nama dia n dia dari negeri mana..ish2..sedih2..so, aku panggil dia nama Donald sebab pelakon tu nama Donald dalam crita drama Hong Kong tu...
tapi x pe..kalau ada jdoh, jumpa lah tu.kalu x, x dek jodoh lah tu..senang critakan?

+moral story+
aku ni minat dia ke minat dia sebab muka dia sama ngan muka pelakon aku minat.hentah, akupon x leh nak jawab..sekarang?aku masih ingat lagi muka dia.yelah, mane lah tau kan, jumpa dia mana2 tiba2 ada keberanian pulak nak tegur....hhehee..mimpi lah...

seminggu....

baru seminggu aku kat maktab ni....rindu famili pon masih membara lagi..yelah, sebulan setengah dok kat rumah kan....

post kali pasal kucing...seorang lelaki yang minat kucing..korang x rasa dia sorang yang comel ke?jarang kan orang laki minat kucing....

cite nye macam ni...
masa tu, aku n famili nak g Kb.biasa lah, beli barang2 sekolah adik2 aku.kitorang berhenti kat pekan Melor. bajet2 nak beli keropok n goreng pisang lah sikit2, nak makan dalam kereta. pastu, adalah 2 orang budak laki ni, muda lagi, maybe dalam 20+ gitulah. sorang tu tengah beli keropok n sorang lagi tengah tunggu kawan dialah..sambil2 tu dia main2 lah dengan seekor kucing kat tepi kedai goreng pisang tu...lepas tu, dia mintaklah sekeping keropok kat kawan dia tu..kawan dia punyalah kedekut, xbagi.memang jenis kedekut betollah..pastu, yang kawan dia ni, sanggup g beli sekeping je keropok kat kedai tadi dengan harga Rm 0.20 untuk dibagi kat kucing tu...sweet2...tulah citernye.....kan bagus gitu...

daripada kisah yang aku saksikan sendiri bersama famili aku, tiba2 aku teringat drama Ayoub yang tengah hangat kat tv3. crita tu main kul 10.30 malam. kisah seorang lelaki yang sangat baik dan punya akhlak yang sangat terpuji. jodohnya bermula apabila seorang perempuan ni tengok dia masukkan syiling dalam tempat syiling letak kreta orang lain yang dah abis masa..baik kan.....kira sedekah lah tu....

+moral value+
berbuat baik tak perlu untuk dipuji..ni x.tunggu orang ramai berpusu2 tengok baru nak buat kebaikan...x perlu sebab ia akan mewujudkan sikap riak...

"aku kerjalah time cuti"

fuh!!!
lama bebenor dah rasanye aku x bukak page new post ni.x dek idea nk tulis. tu yang blog ni tinggal bersawang hampir 1 sem. ish2...

cuti pon baru abis kan...tp, kenangan masa cuti aku kali ni memang best.
sebabnya, aku rasa aku makin tua. dah masuk umur 21 kot, mana x tua.kalu orang zaman2 dulu, dah boleh anak 5 orang tp, tu dulu.time tok mek(panggilan manja nenek aku)muda. sekarang, semua dah lain.

ni jadual aku pagi2:
pagi:6.30pg
: bangun semayang subuh
:kejut adik2 bangun semanyang. Ya Allah, tulah yang paling aku malas. bukan ape, aku rasa suara aku ni dah kuat dah, x yah pakai "speaker", satu rumah + rumah jiran2 aku boleh dengar kalau aku jerit, diaorang(3 orang adik aku) boleh buat dek je kalu aku suruh bangun semayang subuh....ish2, bengang2.tapi x pe. aku dah faham sangat dah style diaorang. ape lagi.kita main psiokologi lah ckit...ugut2 sikit...selalu ayat aku macam ni lah..."bangun2, Subuh dah nak abis dah ni.dah nak dekat pukul 7.30pg dah ni(walaupun time tu baru 6.45pg, huhu). kalau x nak bangun, x pe...kije Along dah abis, dah lepas dah sebab Along dah gerak korang.lepas tu, aku pon masuk bilik aku balik..dalam masa 5 minit, diaorang kan bangun sambil membebel....hehhe...settle.

7pg:
:sambung tidur,,hehe...releks arr, pagi masih muda...buruk bebenor(kutuk diri sendiri).tapi, agak x syok kekadang tu bila aku baru nak sambung mimpi aku yang tergendala masa bangun Subuh tadi, umi aku panggil. bukan suruh kemas rumah, tapi suruh pergi beli nasi bungkus..memang tradisi famili kami, pagi2 makan nasi. erm,time tu malas menyelubungi diri...kekadang aku buat jahat gak, buat2 tido. tapi umi aku dah faham bebenor dah perangai x senonoh aku. dia main psikologi gak..ish2...kena kat aku balik..dia selalu ckap "along x nak pergi x pe, umi malas masak nanti. makanlah apa2 yang ada". apa lagi.terpaksalah bangun. aku x nak makan biskut jer...lapar kot...hehehe...lebih plak..kat maktab ok jer makan biskut pagi2....
erm, tu kekadang jer..kalu aku rajin...aku bangun pkul 8 tuh n aku goreng lah ape2 yang patut..contohnya nasi goreng ke, mee goreng ke, paling2 ikan rebus goreng...wah, lauk paling best..makan dengan nasi lembik panas2 + sambal jantan umi aku(nama dia sambal jantan sebab sambal tu pedas sangat)..sedap nyer....

8pg
:time aku bangun balik.kemas rumah, basuh pinggan, jemur baju, sapu rumah luar dan dalam. sedar2 dah kul 11pagi..lepas tu aku main ngan adik aku yang bongsu..umi aku masuk bilik operasi dia(bilik jahit; baju sekolah n langsir)..kadang2, aku ajar dia baju buku..alah, buku yang ada gambar besar2..kita sebut nama gambar tu, dia tiru...budak tu baru umur 1 setengah kot...kalu dia dah boring, aku ajak dia main mainan pulak...pastu ajak dia main sorok2...x pon main tarik2..suruh dia duduk dalam kerusi baby, n kita tarik dia...wah, gelak dia macam duduk dalam rollercoster....satu lagi, bagi dia makan nasi lembik + sup..owh, itu memang kegemaran dia..dua mangkuk pon abis kalu kena caranya...

12.30pg
:time adik aku tidur...dah tau dah..dia garu2 mata, n nangis ngada2..tu jer modal..memang dah tau sangat...so, umi aku pergi tidurkan adik Is(nama adik aku lah) dan aku masuk dapur..bukan masak, tapi buat susu botol..hehe..masak tu tunggu lepas adik aku tidur...bigboss masih lagi umiku..aku just tolong2 jer kalu bab masak ni..bukan x pandai, tapi x yakin..

2ptg:
:kije2 memasak siap...ayah aku balik n makan tengah hari n pegi kije balik...kije aku, basuh pinggan, kemas dapur...ish2..kekadang agak boring, itulah kerjaku...

2.30ptg:
adik aku dah bangun,so, kerja aku jaga dia...sambil2 tengok cite wonderpets..."wonderpets2, kami datang membantu anak___________yang kesusahan, kami x besar dan kami x kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah.yeaaah, wonderpets, yeaaah!" hah, sampai ingat lah lagu dia aku hafal.

kekadang, kalu aku ngantok, aku tidur...tapi x lama sbb adik Is suka kacau aku tidur..cubitan dia, sangit kot..dia tampar muka kak long dia yang comel ni pastu dia letak muka dia atas muka aku...konon2 nak pujuk balik lah...ish2..macam2...

4.30ptg..
:sedar2 dah nak asar...pe lagi, semayang asar..n time tu round2 kampung..adik aku dah memang tau dah time ni time naik motor...dia dah ciap ngan kopiah(memang dia akan pakai kopiah hijau dia masa naik motor) n dia akat tercongok depan pintu rumah...modal dia nak pjuk aku,"ci, ci.yoong, yak2".maksud nye, "kunci2.long nak g derak(jalan2)...almaklumlah, umur baru setahun lebih, baru jer pandai bercakap...

so, kerja aku, bawak adik Is round2 kampung ngan motor...pkul 6ptg kitorg balik.

malam
mandikan Is, mandi, smayang maghrib, n ajar AISYAH(adik aku yang ke-3) mengaji..dah sah2 aku jugak yang kena kalau nak ajar dia matematik ke, bM ke, bI ke..
sambil2 tu, aku g buat makan malam...buat nasi goreng ke, rojak jawa ke, mee sup ke...yang ni, aku yang buat sbb umi aku sbuk uruskan Is...

dalam pkul 9.30mlm, aku masuk bilik, tapi x tido lagi..tengok cite korea sampai kul 12mlm...
kekadang terlebih sampai kul 1pg.so, umi atau pa akan bangun n membebel berbakul2.x pon, diorang akan tutup lampu + kipas tanpa warning..dah sah2 gelap bilik tuh...hhe
lepas tu, aku tidur bersama adik2 ku yang lain. angah(SPM tahun ni), n Aisyah(tahun 5). abang chik (ting.2) tidur bilik dia....

#buku harian aku waktu cuti stop setakat ni n semuanya berulang untuk hari esoknya...erm itulah kerja aku untuk 1bulan setngah cuti...