Friday, January 7, 2011

"rindu adik ku"

erm...pagi2 ni, tiba2 aku teringat kat adik aku yang bongsu...
masa aku balik baru ni, dia baru pandai bercakap..erm, kecoh lah dengar suara dia tu walaupun kadang2 x faham sangat..

yang paling aku suka bila dia sebut nama pa. kuat dan jelas gitu.."pa,pa,pa" sampai lah pa aku sahut. x sampai 5 minit, dia panggil lagi,"pa,pa,pa"..ish2...tu kalau pa aku ada x pelah boleh sahut..cuba masa tu pa pergi kerja..asyik panggil nama pa aku walaupun dah ckp pa x de, pergi kije..ish2

satu lagi bila dia panggil nama kitorang yang lain..aku sebagai kak long dia panggil,"yong", angah dia panggil "noh" tp kekadang ada gaya gak bunyinya "ngoh". kalau abe chik pulak dia panggil "de". sebabnya x leh sebut B lagi..sepatutnye "be"..kalau kakak pulak, dia slalu panggil "tak" bersamaan "kakak"..ni lagi aku suka kalau dia panggil umi.."ni". sebabnya, M x leh nak sebut..nak jadi ceritanya, pengasuh dia pon dia panggil "ni" sebab nama dia memang Che Nie..hhehe...kalau dua2 ada kat rumah, memang dua2 (umi n che ni)akan sahut..x ke pening...

satu lagi bile dia nak berak..hehhe..
dia akan pergi mana2 yang tersorok macam kat belakang langsir, n pastu dia ckap kat orang2 kat sebelah dia,"iok" bersamaan "berak"...bagus kan adik saya...

lagi satu, bila dia nak makan nasi orang lain punya..dia kan pergi kat kita n cakap,"cik, nok cikit" bersamaan "nasi, nak sikit".

lagi satu yang paling aku suka sebab adik aku ni faham bile orang marah dia...contohnya, dia nampak makanan tumpah atas lantai n dia kutip n dengan pantasnya dia bubuh dalam mulut dia...pastu, dia akan pandang umi atau along dia n tunggu sampai orang marah dia suruh keluarkan makanan tu daripada mulut dia baru dia cepat2 telan...
lagi satu pasal henset..dia memang tau henset x leh nak buat main, dia nak main gak...saje je pandang orang yang empunya henset n tunggu sampai orang tu jerit. pastu dia leh pulak lari2 bawak henset tu...ia slalu terjadi kepada ku...

ni lagi membuatkan aku bertambah rindu kat dia...sebabnya, dia faham ape yang kita cakap..
contohnya, kita suruh dia letak pinggan yang dia makan kat dapur ke, dia kan buat.terkedek2, kalau nasib baik, x jatuh lah. kalau x, abis nasi tumpah atas lantai..aku gak yang kena lap..tapi, dia faham..dia akan pergi ambik kain dekat mesen basuh, n tolong aku lap jugak..
.x pon, suruh dia cari sikat ke, bedak ke...dia akan cari bilik ke bilik sampai jumpa n bagitau kita,"ni,ni"...waa rindunye kat adikku..

dalam pukul 5ptg, aku slalu bawak dia g jalan2 ngan motor..memang dia dah tau dah 'timing' dia...dia akan pergi cari kopiah warna hijau dia...kalau x jumpa, dia akan bagitau aku atau sape2 yang dia jumpa kat atas rumah tu,"yoh,yoh" sambil tunjuk atas kepala dia..maknanya dia nak kopiah..pandai2..pastu, dia akan ambik bantal yang selalu dia duduk masa atas motor(sebab bontot dia kecik sangat, takut jatuh) n tunggu aku depan muka pintu...(bersedia untuk keluar)

bila atas motor..aku slalu nyanyi ngan dia lagu ABC atau lagu Nabi2...pastu, kepala dia akan ngeleng2 sambil nyanyi sama2 walaupun aku x faham ape dia nyanyi..yang aku faham, dia sebut, "A,A,A,A" sampai abis satu lagu..hehhe


+itulah kisah adik aku+
+banyak lagi nak cite, tapi, nantilah....+
+kat bawah ni sepatutnya gambar dia, tapi internet agak 'lemlem' sikit, so, x leh nak upload..insya-Allah, lain kali saya edit lagi post ni..+

"aku ni dah matang belum?entah le..."

kalau kira2 umur, dah lebih 20thun...maknanya dah tua lah ye!!!setiap tahun, umur makin bertambah..pejam celik dah 2011 bersamaan umur 21 tahun.

erm..kira2, lagi 2 tahun aku nak 'grade' n jadi cikgu..tapi yang menghairankan aku sendirilah, nama nye umur dah tua, tapi perangai macam budak2..hentah, aku pun x tau sebab ape perangai aku masih cam budak sekolah menengah..nak kata macam sekolah rendah x lah sampai ke situ...

karton aku layan, bak kata umi aku, macam budak2.
tapi,
citer korean n jepun, aku layan gak, tu macam orang besar dah..hentah..

lagi satu, aku suka perhatikan orang n lepas tu aku tiru gaya dia...selalu kena marah ngan roomate aku, x pon geng2 aku yang lain. diaorang selalu jerit "Asma! ish2, Asma"..dah nak wat macam mane lagi, dah memang sejak azali lagi aku gitu...."maafkan saya jika ia membuatkan korang malu kawan ngan saya, ish2,sdih pulak"huhu

teringat pulak masa zaman sekolah menengah dulu.masa tu aku tingkatan 5 n adik aku baru tingkatan 1... abis je waktu belajar, kitaorang akan lumba lari, daripada blok kantin ke pagar sekolah..bukan sebab kena kejar ngan pak cik kantin sebb x bayar duit, tapi sebab nak lumba sape sampai dulu boleh dok depan dalam kreta...x ke macam budak2?..ish2

moral value:
saya nak jadi lebih baik...

ish2, ape nak jadi kat Kuala Lipis...

ape nak makan malam ni?erm, jom kita g pasar malam lipis...setiap ari jumaat. dlam jam 5ptg dah bukak dah...so, sape2 yang x nak makan malam, kira nak diet lah kan, bleh g awal ckit..sape nak makan malam, boleh g malam ckit...ceh, macam "prometer" pasar malam pulak..hehe

ni aku pon baru balik dari pasar malam. banyak gak lah makanan kat sane...nasi kerabu, satay, cakoi(kuih macam DNA, apam balik saiz s/L semua ada..beli2..tapi, mamang ramai orang x yah cakap..berhimpit2 lah aku bersama2 geng2 aku nak daptkan sesuap nasi n seketul ayam goreng..tapi x pe, perut punya pasal, x kira...dah lah tu, makanan sendiri lagi + makanan kiriman sahabat2 ku lagi..penuh lah tangan dua2 belah..nasib baik kaki guna nak jalan, kalau x dengan kaki2 skali aku sangkut beg plastik..wahaha

kat pasar malam dah satu hal nak berhimpit2 ngan orang. tapi, yang paling sayu kisah ni, bila time2 kitaorang keluar, masa tu gaji mat banggla plak..mak aiii, diaorang tu dah lah tinggi satu hal, barang penuh kiri kanan, pastu waaah, bau pulak tu x yah cakap..jauh lagi dah tau tu diorang..erm, nasib lah...selama 2 tahun dok lipis ni, memang ktorang(aku n kawan2) memang dah tau "timing" gaji diaorang keluar..;minggu ke-2 setiap bulan, kira2 7/8 hb gitu lah...sebab tu, memang nak elak lah keluar time2 tu..tapi, ari ni, terpaksa keluar sebab banyak barang yang nak dibeli...nasib2..

moral value
pastikan jaga diri masa nak berhimpit2..manalah tau, 'time' tu ada orang nak ambil kesempatan ke, apa ke...teranjang terus..satu lagi, kalau keluar time2 gaji mat2 bangla ni, terasa diri dok kat negeri diorang..dah tu, pandang kiri gelap, pandang kanan gelap..hehehe..ish2..jangan marah kepada sesiapa yang membaca ni..hanyalah gurauan semata-mata...

tiba2, aku teringat pulak satu crite karton kat dalam surat khabar.ni dialog antara guru n murid nye:

guru: siapa tau ada berapa kaum utama di Malaysia?

ramai lah anak murid yang angkat tangan....guru tu dengan bangga pilihlah sorang yang nampak yakin bebenor ngan jawapan dia..

murid: ramai cikgu

guru: sebutkan

murid: melayu, cina, india, indonesia, myammar, bangladesh, indonesia....bla2

+ish2+

Thursday, January 6, 2011

"patah tumbuh hilang berganti"

erm...selesai sudah majlis perpisahan pengarah tadi..sdih gak lah sebab pengarah dah nak tinggalkan maktab ni..tapi apakan daya..rezeki datuk x lame di sini..datuk dimurahkan rezeki n naik pangkat jadi pengarah kementerian pelajaran Pahang.tahniah sekali lagi...

erm,datuk haji mazlan ni baik orangnya.yang paling aku suka pasal beliau bila dia bercakap..sangat semangat n pandai kaitkan pengalaman beliau masa ucapan..banyak input2 berguna n nasihat2 dalam setiap patah kata dia...tapi agak rasa bersalah gak lah kat datuk sebb aku banyak kali gak lah tertido masa ucapan beliau...tapi sekejap2 je(takut kamera fokus depan muka)...hehhehe....

aku masih ingat ayat yang selalu pengarah sebut.'IPGKTAA adalah institut yang paling cantik antara institut2 di Malaysia'. erm bangga2...
tapi memang cantik pon...

aku n kawan2 ada gak lah terserempak ngan datuk time keluar g pasar malam n aktif setiap hari jumaat...kalu jumpa, memang kelu lidah...kalu nampak je muka datuk kat sane, dari jauh dah bersedia nak bagi bagi salam...padahal jauh lagi datuk nak sampai..semua macam tiang rumah..keras je kaki tangan tunggu datuk datang....dalam otak asyik fikir ayat sesuai. bukan ape, takut salah sebut...
datuk pulak, senyum je bila nampak kitaorang, macam kenal je bila terpandang muka kami2 ni..alah, air muka guru memang dah terpacar kot kat muka...orang kata ada cop "pelajar maktab" kat dahi kitaorang.

itulah kisah nakal kitaorang masa datuk ada....mesti lepas ni dah x jumpa datuk lagi...ish2..sedih2...

moral value
moga2, pengarah bahagia disamping famili n tugas baru beliau...ingat2 lah kami warga IPTAA ni...rajin2 lah datang melawat

11.48pm

jam kat laktop aku menunjukkan pkul 11.48pm..
erm, dah lewat bebenor dah ni..nak tido dah..tapi, sebelum tu, sempat lagi aku post something kat blog aku..ish2

11.49pm..
esok pengarah IPGM KTAA dah nak pindah. kami satu kelas dah sepakat nak pakai baju kelas warna hijau.kira sebagai tanda penghargaan lah kat pengarah sebab jasa dan pengorbanan beliau selama berada di maktab ni..aku rasa, memang banyak dah menda baru yang beliau buat untuk jadikan maktab Lipis ni dikenali ramai.alhamdulillah, disiplin pelajar pon ok, selain kemudahan infrastuktur yang lebih baik. yang terbaru, papan tanda kat depan Dataran Bestari berbunyi "Tempat Letak Kenderaan Pelajar dan Pelawat". satu lagi, laluan jalan kaki atas bukit yang menjadi laluan utama pelajar pempuan ke kelas dah ditambah n dibaik pulih. siap ngan mozek n pagar lagi.terima kasih...keselamatan kami pon lebih terjamin n dah x becak lagi. tapi, laluan tu agak licin bila time2 hujan sebab x de atap.jadi, air hujan jatuh kat mozek dan mozek jadi licin..gitulah gamoknya..satu lagi, sebb pelajar pempuan ni suka pakai kasut tumit tinggi, so, memang kena hati2 sebab takut jatuh....

11.57pm.
esok pengarah dah nak bertukar...terima kasih untuk segalanya walaupun x silap aku 1 tahun setengah je pengarah kat sini. hasrat beliau nak pencen kat sini x tercapai walaupun 1 tahun tahun je lagi beliau nak pencen atau bersara...itulah orang kata "kita merangcang, allah menentukan"

11.59pm..
majlis esok pukul 8pg sampai 11 pg..atau mungkin lagi lame..so, makan dlu sebelum pergi ke dewan...paling2 esok, bawak bekal biskut n air n mkan senyap2 dalam dewan..hehee..agak x senonoh. tapi, bila lapar menyelubungi diri, dah x kisah semua tu..silap2, kitaorang berkelah dalam tu sambil dengar ucapan perpisahan pengarah..time nyanyi lagu maktab semua ambik feel...bersemangat semuanya..

12.02pm..
ok, time tu sleep..bye2 n good night

"gatai sikit ke banyak???"

tiba2, aku teringat kisah masa aku kat PLKN dulu. mak aii, kalu aku disuruh pergi lagi, mintak jauh lah...cukup lah aku terseksa hampir 3 bulan kat sane..kalau x memikirkan dapat elaun(rm150) sebulan n WAJIB, aku memang x nak pergi..tapi, banyak2 keseksaan aku kat sane, ada jugaklah kenangan manis nye..

Antaranya:

adalah sorang budak laki ni. aku x tau sebab apa, aku kata aku pernah tengok muka dia...rupa2nya, muka dia sebijik macam pelakon cina Hong Kong aku minat. mak aii..ada jugak orang malaysia cam tu..ke, memang pelakon tu datang PLKN kat sini?..ceh, berangan x abis2...hehhe..
tapi, sayang. aku x tau pon nama dia.yang aku tau, dia kumpulan Alpha. aku pulak Charlee. ada lagi dua kumpulan;delta n beta.tu x yah cite lah..yang aku nak cite nye,..dia tu suka beratur dok belakang.aku plak suka dok depan.biasa lah kan, aku kan baik.budak baik selalu dok depan..hehe..tapi, dia dok blakang pulak.x pe..orang dok belakang pon baik gak.hehe...apa lagi, aku selalulah dok pandang2 dia..gatai plak..alah budak baru keluar sekolah lah katakan.prangai pon hentah apa2. alah, bukan salah aku, dah muka dia sama ngan muka pelakon aku minat, pe lagi...tengok lah...

tapi, satu masalah pulak. aku x tau nama dia. negeri mana pon aku x tau sebb kem aku ambik budak2 dari negeri N.S, Klate n Trengganu. so, dia daripada 3 buah negeri tulah. satu lagi, aku x tau dia tu cina ke melayu..india x lah sebb muka dia putih.hehe..tapi, ada lah satu hari tu, aku tengok dia pakai baju melayu.owh, Melayu lah tu n paling penting Islam.tapi, aku just intai2 dia dari jauh lah..x berani plak nak g dekat..malu kot..kang orang kata ape plak, main2 tegur orang x kenal kan?hehe..

nak jadi kebetulan pulak, aku ngan dia satu kumpulan untuk khidmat masyarakat.fuh, semangat..satu bas pulak tu..hehe..gatai lagi aku ni...x pe2..tp, aku senyap je.nak share ngan kekawan PLKN aku dia x kenal pelakon cina yang sama muka ngan budak tu...jadi aku x crita kat sape2 pon lah..
masa khidmat masyarakat tu, aku ada lah terpandang dia. erm, perangai dia pon agak2 sama ngan crita pelakon tu berlakon..pendiam n x bercampur ngan orang lain...

akhirnya, sampai hari akhir PLKN pon,aku x tau nama dia n dia dari negeri mana..ish2..sedih2..so, aku panggil dia nama Donald sebab pelakon tu nama Donald dalam crita drama Hong Kong tu...
tapi x pe..kalau ada jdoh, jumpa lah tu.kalu x, x dek jodoh lah tu..senang critakan?

+moral story+
aku ni minat dia ke minat dia sebab muka dia sama ngan muka pelakon aku minat.hentah, akupon x leh nak jawab..sekarang?aku masih ingat lagi muka dia.yelah, mane lah tau kan, jumpa dia mana2 tiba2 ada keberanian pulak nak tegur....hhehee..mimpi lah...

seminggu....

baru seminggu aku kat maktab ni....rindu famili pon masih membara lagi..yelah, sebulan setengah dok kat rumah kan....

post kali pasal kucing...seorang lelaki yang minat kucing..korang x rasa dia sorang yang comel ke?jarang kan orang laki minat kucing....

cite nye macam ni...
masa tu, aku n famili nak g Kb.biasa lah, beli barang2 sekolah adik2 aku.kitorang berhenti kat pekan Melor. bajet2 nak beli keropok n goreng pisang lah sikit2, nak makan dalam kereta. pastu, adalah 2 orang budak laki ni, muda lagi, maybe dalam 20+ gitulah. sorang tu tengah beli keropok n sorang lagi tengah tunggu kawan dialah..sambil2 tu dia main2 lah dengan seekor kucing kat tepi kedai goreng pisang tu...lepas tu, dia mintaklah sekeping keropok kat kawan dia tu..kawan dia punyalah kedekut, xbagi.memang jenis kedekut betollah..pastu, yang kawan dia ni, sanggup g beli sekeping je keropok kat kedai tadi dengan harga Rm 0.20 untuk dibagi kat kucing tu...sweet2...tulah citernye.....kan bagus gitu...

daripada kisah yang aku saksikan sendiri bersama famili aku, tiba2 aku teringat drama Ayoub yang tengah hangat kat tv3. crita tu main kul 10.30 malam. kisah seorang lelaki yang sangat baik dan punya akhlak yang sangat terpuji. jodohnya bermula apabila seorang perempuan ni tengok dia masukkan syiling dalam tempat syiling letak kreta orang lain yang dah abis masa..baik kan.....kira sedekah lah tu....

+moral value+
berbuat baik tak perlu untuk dipuji..ni x.tunggu orang ramai berpusu2 tengok baru nak buat kebaikan...x perlu sebab ia akan mewujudkan sikap riak...